Thursday, October 23, 2014

Kenangan Tak Manis.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Semester 1 dah habis. Yeayey! Y'know perasaan tu macam apa apa apa aku nak buat pasni. Tengok movie, blogging, baca novel, jumpa kawan kawan sekolah, nak buat kek aiskrim biskut, shopping dll haha. Tapi to be honest, ada sikit aa rasa sedih. Pasni mungkin dapat kolej, mungkin tak dapat. Kalau dapat pun, roomates dah tak sama. Jiran jiran bilik huha huha pinjam penyapu, layan cerita hantu malam malam mungkin dah tak sama. Peh memori~

Ingat ingat balik kenangan pahit sepanjang sem 1 ni. Paling takleh lupa jatuh basikal. UiTM Machang ni berbukit bukit curam pastu brek pulak tak makan hahahahaha habislah dik non terbabas masuk longkang. Koyak lutut & terseliuh pergelangan kaki. Sakit satu hal. Senior pulak hensem bhahahaha ku gagahkan jua kaki ku kayuh basikal satu UiTM. Tapi yang lutut tak sakit mana, yang terseliuh tu fffuuuhhh betul betul holiaw sakit dia.

Thanks classmates yang jaga aku masa aku sakit. Belikan makanan, bawakkan buku, paksa gi Unit Kesihatan haha. 

Next, keracunan makanan. Ya Allah. Serius aku memang tak tahan masa kena keracunan makanan ni dalam 3/4 hari jugaklah. Muntah, sakit kepala, sakit tekak, sakit perut takyah cite la sehari berapa kali pergi toilet. Wa menangis ok sebab ada satu hari tu, malamnya ada dinner untuk itechqs (kelab statistik). Nak tak nak kena telan jugaklah panadol. Dinner pulak buat kat hotel, sejuk tak menahan. Besoknya sakit bertambah teruk sampai tak dapat gi kelas. Tapi aku kuatkan jugak diri pergi Unit Kesihatan sebab nak MC wahahaha bukan sebab nak ubat ha ha ha.

Betullah kata senior, part 1 je semangat nak datang dinner ni. Bila dah makan, rasa tak nak datang dah haha!

Ok yang ni benda yang memalukan pulak. Kan kitaorang selalu layan movie malam malam. So lepas habis last paper, tengok movie kat bilik kawan. Masa aku on the way nak ke bilik kawan tu belek belek phone tak peduli kiri kanan, aku pon bukaklah pintu bilik. Rupa-rupanya bilik senior HAHAHAHA malu siuttt. Terus aku eh sorry sorry tutup pintu wakkk selambeq masuk bilik sebenar kat bilik sebelah wkwkwkwk. Takde siapa tahu ni. Siapa baca blog aku je lah tahu hahahahahahahaha adios!

9 comments :

  1. senior perempuan takpe..
    jangan senior lelaki sudah..
    haruuuuuu..

    zaman U lah paling best tau..
    jadi sementara masih banyak lagi sem yg perlu dilalui,
    hargailah ia sebaiknya ye cik emira.. ^_^

    ReplyDelete
  2. part 5 baru start pergi dinner.. tu pun sebab rm10 je.. miahahaha

    ReplyDelete
  3. teruk jugek keracunan makanan soo lepasni bhati hati la ye :)

    amboii comel ^_^

    ReplyDelete
  4. moga Allah sentiasa melindungi awak ye dear :)

    ReplyDelete
  5. smoga cepat sembuh....saya pernah kena bulan lepas check in gak la kt hotel putra hospital 5hri....huhuhu

    ReplyDelete
  6. knangan kat kolej mmng best . especially kalau dah hbs exam. perghh

    ReplyDelete