Monday, May 12, 2014

Persediaan Ke UiTM.

Assalamualaikum.

Ye, selepas melalui minggu yang mendebarkan akhirnya result UPU pon keluar. Dari 4/5, aku hantar mesej kat UPU bila nak keluar result. Belum dibuka, belum dibuka habis kredit mak aku seringgit lebih beb. Hari jumaat tu baru UPU hantar mesej, boleh semak pukul 12 tengahari 10/5. 

Waktu yang dinanti. Aku hantar mesej memang lambat giler la cite dia nak balas kan. Cek guna komputer lagilah, jangan ditanya. Difitnahnya laman web UPU tu tak wujud. Kuranghajar betul bhahaha. Pastu bukak link yang kawan bagi kat group whassap kelas. Tak hang pon. Nervous weh sebab ramai kawan aku tak dapat. Cuak gwa beb. Kalau aku tak dapat gimana. Peh siyes berpeluh peluh aku walaupun duduk bawah kipas.


Watlek lesen Kaspersky dah expired kahkah.

Aku bukak guna phone so font dia memang kecik masatu. Benda first aku tengok kos apa. Pastu baru tengok perkataan tahniah. Perangai ibarat bila dapat hadiah, bukak dulu baru cakap terima kasih --' kk tak penting seh.

Alhamdulillah. Dapat pilihan yang ketiga. 

Terus aku tengok Diploma Statistik ni ada kat mana. Ada dua je. PERAK dan KELANTAN. Mampus, sudahlah aku tak pernah jauh ngan family haha _:) <--- Nak buat emoticon macam kat whassap tu. Senyum pastu ada peluh kat kepala tu. Dah kenapa ni lagi tak penting.

So besoknya baru boleh bukak surat tawaran. Mak abah mestilah nak kat Perak, dekat jugaklah kan dari Kelantan.


Hahahahahahahahahahahahahahahah
(perasaan yang tak dapat digambarkan)

Ke Kelantan ke kita? Tapi Alhamdulillah. Rezeki ni. Kat mana-mana pon aku tak kisah sebenarnya asal dapat sambung belajar heee ;) 

Abang abang, kakak kakak boleh tolong kite yang nak masuk alam universiti ni tak? Semua tips kite perlukan (Tak tahu apa apa sebab tak pernah duduk asrama). List barang, cara belajar, cara jaga barang, explain MDS, semualah. Terima kasih! :D

30 comments :

  1. tahniah.... kita ex uitm kedah. mula mula kemain tak suka..sebab kita duduk jb.tercampak sampai kedah..btw, all the best. belajaq leklok okey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya kak. Macam mana kite nak biasakan diri ni terus rasa cemas haha. Kite kl ke kelantan kuikui. Terima kasih kak! In Shaa Allah =)

      Delete
  2. hehehe awak :D
    baca post akak ni haaa
    http://fakeassassin.blogspot.com/2010/05/barang-yang-perlu-dibawa-ke-uitm.html

    omg she's the best hihihihi <33

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah. Terima kasih banyak banyak kak! Thank you thank you =)

      Delete
  3. wah tahniah ye! kita tak dapat pon upu. dapat matriks je =) tahniah sekali lagi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alaa lek mesti rezeki awak kat situ ;)

      Delete
  4. Wah ! Kemain dia . hehe Nak buat emoticon mcm kt whatsapp. Tkpe boleh digmbrkan mcm mana ^^ Btw, goodluck !!! All the for your future N may Allah ease everything XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahahahaha nasib baik leh gambarkan haha. In Shaa Allah. Thank you kak! =)

      Delete
  5. Akak ex uitm Perak. Rugi..tak dapat Perak. Kalau dapat Perak, Fakulti Sains Komputer ini sebelah dengan fakulti akak je. List barang, bawa atau beli dekat sana je, lagi mudah. Misalnya macam baldi, bantal, kain selimut, cadar, semua-semua benda yang asas yang biasa kita guna. Cara belajar ini, jangan risau nanti awal-awal kelas mesti ada lecture terangkan. Tapi of courselah kan belajar dekat U ini 90% bergantung pada diri sendiri. Jarang-jarang lecture nak suap kita sebiji-biji macam dekat sekolah. Cara jaga barang? Haa..nanti beli kunci mangga siap2. Bukan mangga buah tau..hehe. Ada almari satu sorang nanti, mula2 masuk dia akan bagi masuk bilik dulu. Letak barang2 penting dalam almari..dia bagi masa nak kemas-kemas barang sempat lagi lah. Start MDS untuk hari pertama lebih kurang pukul 2.30 petang. Lebih kurang gitu lah.

    Itulah tips yang serba ringkas. Semoga berjaya dik. Tak adalah, jangan risau..Best je..Cuma mula2 MDS itulah macam tension sikit..hehe..Bangun awal tidur lambat biasalah kan, bunyi siren dari alat pembesar suara..tahan je lah..Mengantuk dalam dewan sebab dengar taklimat..standard..jangan tidur, nanti banyak yang tertinggal..hihi. Good luck dear. ^__-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kenapa mangga buah hahahaha! Dah beli mangga tu tapi bila test kat umah, kunci pon hilang. Dasar~

      Heee terima kasih kak bagi tipsssss! In Shaa Allah =)

      Delete
  6. Ehh...ehhh..tapi adik dapat kelantan tu transit je kan. Kampus tetap Raub.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ahhh. Tak tau la pulak sampai bila kekekeke.

      Delete
  7. tahniah and gud luk! akak ex uitm segamat..masuk u ni biasala semua kene prepare..bukan hanya barang2 but ur metallity pn sama...study betul2 ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi thank you for the tips. In Shaa Allah =)

      Delete
  8. Selamat datang ke negeri akak. Semoga awak akan sukakan negeri kami. Hehehe

    ReplyDelete
  9. Tahniah Dik Emira....Kalau kat Perak....dekat laaa ngn akak....bleh jugk g jenguk....huuhuh...ni duk machang....tggu akak nak balik kmpung jelaaa...lalu je laa depan uitm machang tuhh...pape pon selamat menjalani student life yeaa...gud luck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, jauh kan hahah! Hihi terima kasih kak. In Shaa Allah =)

      Delete
  10. Ehh ehh samaa laa kita punya kampus tetap 😃 tapi saya punya kampus transit kat jengka, pahang .. Hihi ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seppp sikit! Hihi (buat muka macam awak buat)

      Delete
    2. Nanti kita kenal kenal kat Pahang okay .. Hihihi 😊😊😊

      Delete
    3. Macam mana nak kenal? Kite tak kenal pon siapa awak haha

      Delete
  11. tahniah ye. welcome to uni life..hee

    ReplyDelete
  12. Dear emira zahrin : same la kmpus kite..hehe. Moh ler kite sua.knal hahahaha!!!

    ReplyDelete
  13. jumpa kat sana jugak ..hehe
    peace .. :)

    ReplyDelete
  14. nak tanye...kalau die nk salinan spm..kene bg sijil ke slip spm..sbb saya ada slip je..sijil xambik lagi..

    ReplyDelete