Tuesday, May 27, 2014

Persediaan Ke UiTM: List Barang

Assalamualaikum.

Wa rasa ni post wa yang terakhir sebelum wa melangkah ke universiti. Walaupun wa tengah kecewa pasukan Malaysia kalah Piala Thomas tapi takpelah sudah takdir. Wa bangga jugak sebenarnya dengan semua pemain terutama sekali Chong Wei Feng sebab dia cute. Takpelah yang penting Malaysia sudah buat yang terbaik! 

Ok semua. Disebabkan aku rasa aku sangat terhutang budi dengan akak akak yang pernah buat entry pasal list keperluan ke u, aku pon nak buat jugaklah. Perasaan berterima kasih tu tak dapat nak diungkapkan. Nanti boleh tolong adik adik yang nak masuk u. Dan kalau ada list barang aku yang tercicir, mohon bagitau ek. Let's go!



-Tuala
-Tuala kecil untuk lap muka 
-Kain batik

-Bakul kecik nak isi toiletries
-Berus gigi
-Ubat gigi
-Cotton buds
-Tisu
-Sapu tangan kot kot otw ke toilet bersin pulak kan kahkah 

-Sabun cecair basuh baju
-Sabun serbuk basuh baju
-Sabun buku basuh baju sampai tiga jenis beli beriya haha
-Berus basuh baju
-Sabun badan buy 1 free 1 jimat weh jimat
-Syampoo 
-Sabun basuh pinggan
-Span basuh pinggan

-Baldi aku beli 2
-Tong sampah
-Gayung sebab tak tau toilet dia gimana so beli aja deh

Barang dia campur campur sorry so korang harus kuatkan mental okeh. Aku malas upload satu satu nanti blog aku lembap. Tiada siapa suka blog yang lama gila loading pastu terus exit bhahahaha.


-Pad, aku rasa selamat pakai yang ni
-Pantyliner
-Cermin nak letak kat meja 
-Suratkhabar (tak penting)
-Plastik sampah 
-Pewangi almari serius yang Glade tu wangi giler, yang hijau tu ada orang jual rumah ke rumah, 3 RM10 ke 4 RM10 haha dah dah fokus


-Seterika 
-Sarung cadar dan sarung bantal. Bantal pon aku bawak tapi tak tunjuk la sebab buruk hahah
-Selimut beli kat Giant yang selesooo. Buat gulung gulung sebab kawan ajar. Dapat jimatkan ruang. Hipotesis diterima! 

-Hanger
-Hanger bulat nak sangkut benda alah kecik jangan tanya apa benda aku sekeh kang
-Pengepit baju
-Tisu lagi sebab iolsss setiap pagi bersin

-Sejadah
-Telekung aku bawak dua. Satu lagi warna putih. Kalau basuh ada spare. 
-Al-Quran 
-Surah Yaasin
-Spek mata ya ya aku pon baru tau aku rabun kekekeke

-Biskut biskut dan gula gula
-Air mineral
-Botol air, takde dalam gambar tapi rasa macam dah amik gambar tapi takde pulak ah nvm

Aku tak beli milo ke nescafe ke sebab aku tak suka minum air panas. Maggi pon aku tak beli sebab nak kurangkan makan. Jadi aku tak belilah water heater. 

*Silap besar tak beli water heater haha sebab water heater sangat berguna untuk buat air masak. Takkan nak beli mineral setiap hari. Acah je tak beli maggi. Bila lapar, cari tu jugak. Milo? Nescafe? Aku selalu cicah biskut. Hehehehe.


-Tempat letak baju kotor
-Tisu basah tisu lagi yang ni takde motip saja beli
-Sewing kit
-Payung
-Pinggan mangkuk mug sudu garfu padahal tak beli pon maggi or air untuk dibancuh hehe dah nama pon pinggan adalah gunanya nanti tu


-Buku nota & alat tulis
-Fail
-Padlock 
-Penyangkut dinding
-Extra stationeries bubuh dalam singa ni. Pemadam pon lebih sampai 4 nak letak mana
-Test pad, kertas graf hentam saja la, kertas A4


-Alat tulis
-Suasana didalam pensel box. Suasana k.
-Klip kertas banyak banyak sebab RM5 je beli kat Giant haha!
-Ubat ubatan (panadol, panadol soluble, plaster, minyak angin, eye mo, minyak yuyi etc) *Minyak yuyi katanya tak halal ek? So aku dah buang.
-Ketip kuku, aku tak pandai pakai yang kecik punya


-Kerongsang dan pin
-Barang peribadi perempuan simpan dalam satu bekas. Cantik kan bekas dia weehee

Dan untuk pakaian, takyah amik gambar la sebab aku ada masalah sikit hm hm iaitu aku MALAS wkwkwkwkw :P List pakaian bawah ni yang aku bawak.

-Baju kurung, jubah
-Baju blaus 
-Kain
-Seluar slack
-Seluar track
-Tshirt
-Baju & seluar tido
-Pakaian dalam (inc. inner baju, kain dalam, stokin, handsock etc)
-Cardigan
-Tudung 
-Tshirt putih (MDS)
-Baju kurung putih dan kain hitam (MDS)
-Selipar tandas
-Selipar dalam bilik
-Kasut sukan
-Kasut ke kelas

Tu je kot hehe. Gadget sume aku tak bawak lagi. Henfon ngan charger je. Barang semua dah settle. Tinggal dokumen dokumen je. Minggu ni nak duduk umah. Mintak mak masak lauk-lauk favourite haha. Balik kampung jap jumpa sedara. Hari sabtu nak gerak Kelantan dah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat In Shaa Allah. Assalamualaikum ;)

12 comments :

  1. thanks babe.
    hehe qila uia.
    lambat sikit ni tapi memang tak ready apape pn lagi ugh TT_TT

    ReplyDelete
  2. waa. rasanya dh cukup lengkap tu.. hehe. gud luck. belajar elok2. :)

    ReplyDelete
  3. aaaaa stationery tu semua cuteeeee. jealous okayyyyy

    ReplyDelete
  4. ya allah bestnye !!! uitm mana ??

    ReplyDelete
  5. wah,, sekali dengan kertas graf dia bawak.. pemadam sampai 4. haha..takleh nak celen

    ReplyDelete
  6. Have fun sayang. Jaga diri jaga solat. Doaku sentiasa mengiringimu. Cewab ~

    ReplyDelete
  7. goodluck kak. may Allah bless you ^__^

    ReplyDelete
  8. Alahai.. suksnya tengok persiapan adik ni.. memang bersemangat.. semua benda lengkap dah ke yunk? Good luck yunk.,

    ReplyDelete
  9. selamat menyambung pelajaran ye. semoga berjaya dunia dan akhirat =)

    *salamsinggah dari Nuqmans

    ReplyDelete