Tuesday, April 22, 2014

Sekolah Rendah Agama Dulu Dulu.

Assalamualaikum.

Rasa macam nak cerita pasal zaman sekolah agama dulu. Sampai sekarang aku tak tau nama sekolah agama aku tu apa. SRA Islahiah kot haha. Panggil sekolah bomba je sebab depan tu balai bomba Sungai Besi kehkeh. Dulu gi sekolah agama naik van sebab kena lintas lintas jalan. Dengar cam bahaya kan cuak kan? Padahal lintas sekali je tu pon ada traffic light wahahaha. Takpela budak 7 tahun nak lintas jalan pon kira bahaya gak what -__-


Dalam gambar dulu aku tak suka senyum. Aku pon tak tahu kenapa.

Masuk darjah 5, aku pengawas. Ye jangan main-main eh pengawas ni bhai. Tapi kerja macam takde apa je haha! Sampai sekolah kena turun gi tempat yang ustazah/ustaz suruh jaga. Aku dulu kena jaga bahagian parking kereta. Best uollss sebab ada atap. Takde la menyeksa jiwa kena meronda pukul 2 petang kat tengah panas. Sakit hati sebab bebudak suka main kejar-kejar. Dalam banyak banyak tempat, parking kereta cikgu jugaklah nak main kejar-kejar sambil pegang jajan. Aku halau belah sini, lari belah sana. Eh stress la aku. Bila nak habis? Tunggu loceng. Takde function je aku jaga situ wkwkwkw.

Pastu kalau ustazah semua ada mesyuarat atau ada ustazah yang tak datang, pengawas kena jaga kelas. Paling tak mencabar jaga kelas budak darjah 1 atau darjah 2. Ugut sikit 'semua letak kepala atas meja, siapa bercakap tulis nama kat depan' hahahahaha. Gengster tak gengster la kan small matter je ni. Tapi sebenarnya malas jugak kalau kena jaga kelas. Sudahlah duduk melangok dalam kelas orang sampai setengah jam. Boring siot. Selalu jugaklah bila ustazah suruh jaga kelas sekian sekian, walawei aku past je kat pengawas lain bhahaha.


HAHAHAHAHAHAHAHA baru aku tau kenapa aku takyah senyum. Sebab biler senyum rasa nak lempang je kang budak ni.

Sekolah agama dulu kelas dia campur-campur. Ada 4 kelas je tak silap aku. Ko pandai ke kurang pandai ke campur je dalam satu kelas. Maka disebabkan itu aku selalu dapat no.1 masa exam pertengahan tahun. Akhir tahun No.2 atau No.3. Camtu aaa bukan nak riak, kelas pon campur kan. Tapi UPKK ngan UPSRA dapat 6A je. Mungkin ada yang kata takde function UPSRA tu. Salah tu. Aku tengok kawan kawan aku masatu yang tak sekolah agama, tak dapat masuk asrama. Yang result UPSRA ok dapat asrama. Aku tak mohon asrama memang la tak dapat masuk bro bhahaha. Sekolah agama pon best sebab ramai kawan :)

Oh ya satu benda nak bagitahu. Dulu masa ada meeting, ustazah bagi salam. Then kitaorang semua jawab 'Waalaikumsalam'. Pastu ustazah betulkan. Dia kata cuba jawab 'Waalaikumussalam.' Mula-mula rasa macam ala lebih kurang je kan tapi maksud dia dah lain dah. 

- Google Images.

Kalau jawab waalaikumsalam, dah skip Alif Lam (rujuk gambar)

Alif Lam (AL) = Segala
Waalaikumussalam = Segala sejahtera ke atas kamu

Kalau rajin, google eh untuk fahamkan lagi. Moga dapat share ilmu walaupun sikit hehehe. Assalamualaikum. Haaa jawab apa anak-anak :P

6 comments :