Monday, April 14, 2014

Pengalaman Kerja Di Kenny Rogers.

Assalamualaikum.

Ok tajuk tu kenapa PENGALAMAN? Senang. Sebab dah jadi pengalaman dah. Sebab aku dah berhenti dah. 3/1-3/4. 3 bulan beb. Macam tak percaya lama jugak aku kerja. Aku ada masalah sikit so terpaksa berhenti. By the way, kerja kat Kenny Rogers TBS #064 memang best sia. Bubuh sia nak buktikan tahap best tu kuikui.

Secara tak langsung, entry ni mungkin akan membantu sesiapa yang nak kerja Kenny nanti. Dan yes untuk korang yang nak tahu kerja dia macam mana :) Macam aku dulu, cuak sia (pahal?) masa mula-mula nak start kerja dulu. Adakah manager garang nak mampos atau staf-staf sombong dan suka membuli. Makanan dia macam mana? Tak pernah makan do aku. Apa perlu aku buat? Persoalan demi persoalan membuatkan aku nak padam balik perenggan ni hahaha nvm.

Posisi dia ada banyak, macam posisi bola hahahaha. Cashier, hostress duduk depan kedai, server, assembler sediakan makanan, utility sediakan produk, cutter potong ayam, dispenser buat air, steward basuh pinggan, dllsebabakutakingat. Tapi kat TBS ni tak busy mana pon sampai aku rasa lepak je lebih wahahaha, 3 bahagian je selalu penting. Cashier/server, assembler, utility.


'Tak busy mana pon' haha.


Gambar kabur, maaf sebab aku nak cepat. Takut manager nampak bhahaha. Manager 2 orang ok, sorang tegas sikit. 


Aku opening ya, haruslah bersih sehingga mintak penampar. Setitik air pon tidak boleh kelihatan. 


Kalau buat air yang pelik-pelik, mesti ada suara-suara 'buat lebih sikit, buat lebih sikit'. Hahahahaha. 

Saje post sebab bersih wkwkwkw. Oh ya, lepas hampir dua bulan aku opening baru aku tau yang plug nasi aku dua. Selama ni aku bukak satu je. Kiranya selama ni tak pernah on pon periuk nasi tu bhahahahaha.


Kalau kerja Kenny, manager suka yang fleksibel. Yang boleh kerja bila-bila masa. Senang nak buat jadual. Opening, middle, closing semua aku pernah buat. Kalau ada penjenayah yang usyar mangsa pon dia takleh agak kau pergi ngan balik kerja pukul berapa hahaha! 


Gaji pulak RM 5/jam. OT RM 6. Masa mula-mula dulu tak selalu kena OT. Memang susah aa nak dapat. Bila staf dah sikit, tu dia dari pukul 12 sampai closing pukul 11. Patut balik pukul 6 tup tup ada budak tak datang kena closing jugak. Tapi takpe, bila dah habis closing rasa happy sebab dapat tolong yang lain. 'Sebaik ada Syahirah' mihmihmih :)

*Picture deleted.
Memandangkan aku mudah lupa kawan hahahahaha ada baiknya aku tulis nama staf semua. Dari kiri - Fakhri, Ikram, Hafiza, Adila, Nina, Syahirah (eh sebok haha), Maryam, Dewi (OKU), Lingges, Aiman. Manager - Miss Azlina, Miss Syikin, Miss Lina.

Goodbye! Thanks for the memories :D

36 comments :

  1. RM5/jam? Banyak juga erh. thanks for sharing. mana tahu sementara tunggu panggilan masuk U boleh bekerja dulu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ahh RM5. Tapi kalau hours pendek, gaji sikit jugak kuikui.

      Delete
  2. ee tak pernah merasa kerja gini. macam best je. em em. sedapnya kenny rogers. <3

    ReplyDelete
  3. Bestnya...TBS dekat mana ye?hehehe.. tak tahulah plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terminat Bersepadu Selatan (TBS) kat Bandar Tasek Selatan.

      Delete
  4. ok la tu kan at least pernah bekerja,,sye nie even da 20 tahun pon still tak pernah merasa bekerja..cuti sem just stay rumah je.aptb

    ReplyDelete
  5. Awak lepasan SPM yeh? Bestnya ada pengalaman kerja :/

    ReplyDelete
  6. kalo keje part time ada agreement/perjanjian x kena brapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde. Cuma sebelum berhenti bagi notis seminggu.

      Delete
  7. Mkn dpat ker atau kita kna bli sndri akk klau krrja jonny ?

    ReplyDelete
  8. Kje ni bleh pkai inner x ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai kemeja lengan panjang, perempuan lah.

      Delete
  9. susah tak kerja ? n mula2 dia letak position ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah, tapi penat sikit. Server, ambik order hantar order je

      Delete
  10. Wktu awak amik typhoid injection sblum kje kenny,dpt x claim blik duit tu ???

    ReplyDelete
  11. Eh kena tahu ape2 tak sbelum apply position. Means awk kan buat air so kena thu cara buat air ke dia ajr dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak maaf sangat sangat sebab reply lambat.
      Ada buku panduan dia & seniors akan tolong.

      Delete
  12. Yeahh memnag best kerja kt kenny ...kerja simple and tak penat mana pun macam yg dibayangkan oleh semua hahaha

    ReplyDelete
  13. Kak, tumpang tanya, kalau kerja ni, uniform kena tuck in dlm seluar ke bg perempuan? Wajib x? Saya malu la :(

    Oh ye, lagi 1, kalau mcm saya pergi keje depends on lrt, boleh kan mohon kerja part time yg at least balik b4 10 pm?

    Thanks a lot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope. Tak perlu tuck in baju. Tudung je masuk dalam baju tapi dah cover dengan apron.

      Yep boleh tapi awak kena cakap awal awal dengan manager yang in charge interview awak tu. Kalau manager tu ok, takde masalah.

      Delete
  14. biasa interview taye ape ye.??takot plak..hehehheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya tu mungkin rezeki memang nak pekerja kot. Just tanya boleh tak datang kerja waktu yang dia aturkan. Lepastu terus dapat kerja.

      Delete
    2. Masa saya tu mungkin rezeki memang nak pekerja kot. Just tanya boleh tak datang kerja waktu yang dia aturkan. Lepastu terus dapat kerja.

      Delete
  15. kalo saye jenis pemalu bahagian ape yng sesuai?penat x?

    ReplyDelete
  16. kalau kerja part time, ada tolak epf and socso tak?

    ReplyDelete
  17. 16 boleh kerja tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh kalau dah lepas birthday.

      Delete
  18. bulan pertama berapa gaji?

    ReplyDelete