Friday, April 25, 2014

Gila Fixi & Lejen!

Assalamualaikum.

Yaaa kawan-kawan. Aku dah pon pergi Pesta Buku semalam. Haruslah hari first sebab nak elakkan kesesakan orang ramai huhuhuhu. Huhu konon! Padahal dah memang jenis tak sabar engko ni. Takde keje lain. Satu, asyik beli buku. Dua, asyik beli buku Fixi. Kau kenapa marah diri sendiri T.T

Anyway, aku pergi dengan Kak Maryam Kenny sebab kengkawan yang lain semua ada hal. Kak Maryam sanggup pulak teman aku lepas habis shif dia. 

Aku beli 12 buku. Kawan kirim 1. Adik aku kirim 2. Mak beli 1 sebab nak cukupkan kuota sebab 3 buku = RM50 kuikui. 


LRT dari Bandar Tasek Selatan ke PWTC boleh buat mengamuk seh kalau tak dapat duduk.

Masa balik, aku LUPA yang LRT ada dua arah. Sumpah lupa. Ampang & Sri Petaling. Aku main masuk je tren ke Ampang. Kak Maryam ingat aku nak turun kat Chan Sow Lin so dia diam je aa. Dah sampai kat Chan Sow Lin, dua-dua blur sampai pintu dah tutup dah hahahahaha. Turun kat Miharja pastu patah balik ke Chan Sow Lin pastu naik tren ke Sri Petaling. Kahkahkah moral of the story. Jangan lupa? Tak boleh sebab manusia memang mudah lupa. Jangan blur? Tak boleh sebab blur tu terjadi dengan tiba-tiba. Ok anggap saja ni lumrah kehidupan bhahaha.

Siapa belum baca novel Fixi/Lejen sila cuba satu. Best weh siyes wa tak tipu. Setiap buku tak sama cerita dia walaupun hampir semua kategori thriller. Tak cliche asyik asyik kena paksa kahwin pastu nama watak mesti sedap tak nak kalah alelelele bai :P

1 comment :

  1. hye..selamat malam..syira jalan2 malam ni nak minta maaf kt semua rakan blogger :)
    semoga ikatan kita terus kuat ! ^_^
    happy blogging ^_^

    ReplyDelete