Thursday, March 20, 2014

Result SPM.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah! Result SPM dah dapat dah. 6A 1B 1C 1D..... Weh dah kenapa macam smart sangat dah tu hahahahaha takpe aku masih bersyukur dengan result aku. Allah dah perkenankan doa aku tiap kali lepas solat nak dapatkan 6A. Walaupun tak banyak macam orang lain, result yang gembirakan hati aku & mak abah dah cukup dah. Terima kasih Ya Allah :')

Aku sebenarnya takut jugak tak dapat result yang ok. Kalau kat sekolah aku, 5A keatas punya keputusan umum kat atas pentas. Nanti kawan-kawan semua naik pentas, aku pulak tak dapat. Perasaan kecewa tu alaaa u know. Nak menapak ke sekolah tu lagi satu hal, berdebar dia tu boleh terkincinggg ukey.

Jadi masa pengumuman untuk pelajar cemerlang, kitaorang melepak kat perumahan polis hahahahaha. Suruh kawan-kawan yang lain bagitau bila dah habis umum nama. Bila dah settle, baru kitaorang gerak. On the way tu, Fatyn call Azimah and bagitau Azimah berapa result aku. Wa macam " Lu Mah kalau rasa nak hidup lama, lu diam. Jangan bagitau wa berapa wa dapat eh. Wa dapat slip tu nanti wa tengok sendiri k. " Fuhhh auta der auta je. Padahal aku merayu kat Azimah kot jangan bagitau sambil tutup telinga -.-

Dah sampai dewan, Fatyn kata aku dapat 7A. Aku tak percaya kot. Dalam hati, " 7A? Tang mana yang sains pulak yang dapat A tu. " Bila tengok slip, 6A je. Rupa-rupanya cikgu salah announce masa kat atas pentas, dia sebut aku dapat 7A. Takpelah, sekarang budak-budak lain ingat aku power dapat 7A macam Ezlisa Loy weh haha!

Masa jumpa salam cikgu laga pipi kanan kiri kanan kehkeh cikgu tanya kenapa aku takde tadi. Takut result teruk jawapan aku. Hahahahaha it's okay cikgu, chill, jangan marah eh. Masa nama aku kena umum cikgu cikgu " Mana adik? Mana adik? " Hehehehehe. (Dorang la cerita, aku mana tau aku takde kat situ kan)

Oklah tu je kot ceritanya pengalaman nak amik result. Oh terima kasih jugak kat kawan-kawan blogger yang ada doakan untuk result aku. Aku baca komen korang walaupun tak balas teehee :)

*Aku padam beberapa gambar. Sebab tu entry jadi pendek...dan tak best haha!

3 comments :