Saturday, January 11, 2014

Bhai Bhai Wa Dah Dapat Kerja Bhai.

Assalamualaikum.

Fuh fuh fuh. Bukan tiup habuk okay. Blog wa memang camni, jarang update haha! Ko takyah tiup habuk sangat la. Fuh sebab lega. Alhamdulillah, dah dapat kerja dah :) Sebelum ni mood tak ok sebab resah gelisah hamende la satu call pon tak dapat ni. 

Haa pendekkan cerita je lah eh, aku dapat kerja kat Kenny Rogers TBS. Start 3/1 haritu. Staf ok manager pon ok. Selalu jugak ah kena marah uolss haha tapi aku ni hati batu, dah biasa kena maki masa kat koperasi dulu. Baling tahi pon tembus bro kahkah.

Harini cuti sebab tu update blog beb. Kalau kerja, memang susah nak cari masa. Shif aku ni campak campak je ada pukul 9, pukul 12, pukul 5 la apa la. Takpe, wa redha je la sebab wa pon kuli an an hahahaha.

Ehem, aku rancang nak buat giveaway. Senarnya, masa aku dalam resah gelisah tak dapat kerja tu (baca perenggan pertama balik), aku macam dah pasang niat la, kalau dapat kerja aku akan buat giveaway. Pakai duit gaji aku nanti. Duit gaji first tu hehehehe. Ingat nak share la sikit dengan followers blog ni. Yay or nay? 

8 comments :