Monday, December 9, 2013

Telefon.

Assalamulaikum.

Sejak aku ada Instagram ni, gambar gambar sume stok edit edit. Naik segan pon ada bila dalam gambar muka licin tapi real life punya takdela licin mana. Salah Camera 360 juga kerana tahap editnya melampau. Takpela pasni kat blog aku bubuh gambar tak edit. Selekeh pon takpo la yo ;)

Terpengaruh dengan novel Fixi, tajuk entry pon sepatah je. Boleh tak haha. Selama ni, aku cuma pernah ada dua telefon saja. Tiga la kalau masuk tepon umah. So wa tak heran la dengan pop phone haha dari kecik pakai tepon ganggang wakaka ok peace no hate! 

Tepon first yang aku guna masa darjah 6. Hadiah UPSR. Abah bagi.

Nokia 2600



Gigihla aku nak cari tepon ni kat Google Images sebab tak ingat nama dia apa. Taip Nokia tak jumpa. Tapi Nokia Oren baru jumpa bhahaha. Ntah kat mana dah phone ni sekarang. Ada dalam kotak tapi kat umah ni banyak kotak. VCD cetak rompak pon dah berkotak kotak (jangan bagitau Lisa Surihani, Zizan mahupun Aaron Aziz).

Samsung Galaxy Y



Ni phone hadiah jugak, masa PMR. Bukan aku yang mintak ya, ayah aku yang belikan. Bak kata cikgu, 'perjalanan hidup jadi mudah bila tak menyusahkan mak bapak'. Deep kan? Fikir fikirkan :)

Aku sekarang juga tak suka tengok gambar-gambar orang di Google ataupun artis di Youtube. Tengok means renung mata dorang. Selama ni takde apa je. Haritu la lepas tengok gambar penyanyi memori daun pisang terus aku jadi tak tentu hala. Konon nak dengar la kan lagu apa ni. Aku kalau bukak Youtube semua kalau boleh related videos kat tepi tu hah aku nak bukak.

Pi renung mata, seram weh entah kenapa. Aku tekan butang back back back tak boleh. Aku pon terus tekan la butang hitam tengah tengah tu (rujuk gambar Galaxy Y) nak tutup terus. Lambat giler nak padam, hang phone aku. Dah padam ok pastu tetiba terbukak sendiri gambar tu pastu padam balik. Seram kan weh ketaq lutut ceq -,-

Penat la aku asyik tido/berangan je pastu mimpi bodo bodo ikat tocang rambut orang kaler turquoise tak paham aku, baikla aku gi blogwalking. Kalau bertuah, nampak aku kat shoutbox korang. Kalau lagi bertuah, aku tinggalkan komen wuhu rajin kan aku wahaha see yah :D

17 comments :

  1. aippp vcd cetak rompak noticed hahaha

    ReplyDelete
  2. uh great collection impressed

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hmmm hahahaha bila nak sambung study nanti la pikir haha :P

      Delete
  4. Wohooooo teruja teruja. untung untung. wuhuuu masa trial SPM dapat tab. Godaan apakah itu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dapat tab masa trial? Rezeki tu haha!

      Delete
  5. UPSR dapat tepon... PMR dapat tepon... tunggu SPM pulak lah,hehe :) galaxy y ramai orang pakai kan? hehe :)

    # tq sudi singgah dan follow blog saya... dah follow sini #1976... hari ni rajin sikit,hehe... tu yg komen sekali tu,ehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah Galaxy Y ramai orang pakai :) Terima kasih & terima kasih :D

      Delete
  6. henfon first saya 1110. beli masa darjah 4. beli untuk main game ulaq ja ponnn >.<

    ReplyDelete
  7. azwa mula guna telefon masa form 1 tak silap, handphone jenis awak tu tapi kongsi dengan maklah..teheee

    ReplyDelete
  8. Wah2.. Hadiah exam handphone ajo lah ya.. Hehe.. :)

    ReplyDelete
  9. Tepon galaxy y aina dah jahanam sekarang feeling bdk skema sangat xde tepon :3

    ReplyDelete
  10. Wahh hp pertama kita sama :D hadiah UPSR jgk tuh.

    ReplyDelete