Friday, December 20, 2013

Para Komentar

Assalamualaikum.

Benda first yang aku buat bila bukak dashboard ialah/adalah (sampai sekarang aku tak reti beza hahaha) approve comments. Bila ada orang komen kat entry yang kita buat rasa best sangat sangat sebab tandanya ada orang baca apa yang kita tulihhh ye dak? Lagi best bila orang komen entry yang lepas-lepas sebab dia baca post aku yang dulu-dulu hihi terima kasih :')

Alhamdulillah, komen yang aku terima banyak yang positif positif. So rasa semangat nak update lagi entry lain gituuu. TAPI TAPI TAPI !!! Aku tak approve comments yang bubuh url sekali. Spam. Macam ni;

' Hai. Jom join giveaway saya ni - http://ez-emira.blogspot.com/2013/12/takde-pon-giveaway-acah-je-ni-contoh-eh-contoh-je.html '

Aku pon tak sure komen yang macam mana google nak delete blog penuh dengan komen spam. Tapi, sediakan payung sebelum hujan kan? So aku amik langkah bawa payung ke mana-mana, dengan tak approve comments camni. Kang tak pasal-pasal blog aku kena delete padahal aku bukannya join pon. Nak maki sape nanti hahahaha.

Berbalik kepada komen-komen positif, ada jugak la komen teguran. 


Komen ni aku dah delete, takut spam. Lepas screencapture baru perasan sorry.

Persembahan bahasa acane tu kena baiki? Kasar sangat ke bahasa aku hahah. Tapi memang cara aku macam ni. Takleh la nak tulis baik baik, sebab aku memang begini der. Aku harap korang tak kesah la eh cara aku menulis ok. Tiada originality nanti ;)

11 comments :

  1. biasa la tu...tak semua org boleh terima cara kita..kan?janji kita x guna bahasa yg mencarut.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Masing masing punya cara bukan semua boleh terima :)

      Delete
  2. just be yourself kan..ikut selesa kte macam mana nak menulis..
    as long takde la bahasa tu kasar sgt kan^^

    ReplyDelete
  3. O yeke.. klu byk komen yg disertai url tu berkemungkiban blog akan di delete yea? Hemmm.. risau pulak teman dengo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada blogger yang dah kena delete dah pon blog dia. Dorang tunjuk macam ni. Tak sure sangat la teehee ;)

      Delete
  4. Betul lah tu. Kalau ada link banyak sangat dekat ruang komen jadi blog spam pula nanti. Lagi2 link hidup macam gambar komen dekat atas tu.

    Pasal bahasa tu, saya rasa okay je bahasa awak guna. Hehehe..entahlah kan, lain orang lain caranya. Selagi kita tak mencarut, tak maki hamun..rasanya tak jadi masalah pun. Pengguna aku ramai blogger guna, sebab ianya seolah-olah kita tulis dekat diari kan. Jadi faham-faham sendirilah.

    Haa...panjang pulak dah komennya..hehe. Done follow your blog dear..Terima kasih sudi singgah blog saya. ^____^

    ReplyDelete
  5. Salam hormat.. singgah balas ziarah & menambah ukhwah. Sy follow sini juga ye.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  6. dengan bangga nya . saya komen . *tepok tgn* he3 .

    ReplyDelete
  7. semua tu terpulang kepada diri kita sendiri, blog kita, wajah kita !! hehe

    ReplyDelete
  8. Dah baca.. tapi x tahu nak komen apa.. hehee.
    Selamat beristirehat

    ReplyDelete