Saturday, November 30, 2013

Ada Orang Tanya: SPM Macam Mana?

Assalamualaikum.

Yeye semua aku dah habis SPM :D

Aku dah bukak balik ask.fm tau. Kenapa? Ok dua dalam satu. Selain dapat soalan kat ask.fm, dapat juga cari idea untuk update blog wahahaha. Tapi bila dah berleluasa kembali ayat ayat 'ask me back boom me back peh bataknya bla bla bla' tanya soklan pun sebab nak suruh orang tanya ko balik, aku delete balik k account tu. 

Random questions yang aku dapat pasal SPM. Percubaan camne? SPM susah tak? Baiklah meh aku cerita dari aku masuk Form 4 sampai lah ke SPM pasal study aku yek. Aku akan ceritakan secara lebih mendalam. 


" Perjalanan SPM macam mana? Pahit getir yang kau jalani? "

Soalan ni aku bubuh sendiri kasi gempak ok kahkah

Menjawab menjawab;

PMR aku dulu takdelah straight A's. 7A1B pun dah kira cukup Alhamdulillah dah. Aku tak mohon asrama sebab aku tak minat. Tapi kat SMK Sungai Besi fight dia tak kuat sangat. 7A dapat masuk kelas first. Sekolah lain dengar citer sampai kelas ketiga/keempat kalau dapat 7A kan?

Aku sebenarnya tak nak masuk kelas sains. Aku rasa nak masuk akaun. Aku tak minat weh sains. Langsung tak. Tapi kengkawan aku yang lain semua masuk sains. Lagipun peluang jadi banyak kalau dalam aliran sains kan, so aku kekal je la dalam kelas tu. Pengetua pon tak kasi budak keluar. Tahun tu memang sikit je budak tukar aliran.

Anyway masa Form 4, aku tak serius sangat belajar. Subjek yang paling aku tak suka fizik dan kimia! Memang dok berangan weh dalam makmal. Tipu la kalau tak down sebab apa yang cikgu cakap aku tak faham. Orang lain faham je, aku sorang yang blur.


Ini adalah result aku masa Form 4.

Ini pula result masa Form 5.

Lebih kurang sama je semua. Tiada anjakan paradigma. Tapi masa Form 5 aku serius sikit la belajar. Kalau Form 4 aku berharap loceng berbunyi dengan pantas, tapi masa Form 5, dalam makmal aku fokus jugak apa yang cikgu ajar. Tak faham, tanya.

Lepas trial la aku betul-betul berubah. 4A je kan aku dapat. Siyes weh aku MULA STUDY. Ko caye tak sebelum ni aku cuma study malam sebelum exam saja. Tapi bila aku study sendiri, baru aku faham apa yang cikgu ajar selama ni. Silap besar sebab tak nak faham apa yang cikgu ajar. Kalau usaha sendiri cubakan faham, boleh je. Usaha tu penting. Aku pun rasa okay je kalau kelas sains. Sebaik tak tukar bro haha.

Masa SPM, aku rasa semua susah. Bio, kimia, fizik paling tak menahan. Tapi aku tawakal saja. Aku tak nak letak harapan tinggi sangat. Over confident or apa. Result macam mana pun, A banyak mana, Allah yang bagi. Rezeki masing masing kan. Kalau result tak power, periksa tak cemerlang, benda lain Allah bagi. So chill okay. Beriya kan aku taip panjang panjang padahal soalan pasal spm ada tiga sahaja bhahaha.

3 comments :

  1. oklah tu result trial akak. harap SPM nanti lebih meningkat sikit result dia ^^

    ReplyDelete
  2. okeylah result akak... :) ada peningkatan dari form 4 ke form 5,hehehe :) semoga akak dapat result SPM yang gempak... hehe ^^

    #hehe,comel gambar akak yang bawah sekali tu :D

    ReplyDelete