Friday, September 13, 2013

Entry Random Selepas Trial.

Assalamualaikum.

Ini adalah entry random seperti mana jadual trial SPM sekolah aku dibubuh secara random. Add math K1 minggu kedua pekse, add math K2 minggu ketiga. Wa kenal bapak tiri laki mak lu sangat kan aku nak study sume benda dua kali. Orang belum sedia nak SPM, cenggini lah jadinya. Oklah trial pon dah habis. Tengok je lah result nanti camne :P

Aku dah lama tak baca novel. Setiap kali aku gi TBS, mesti masuk MPH. Weh novel baru banyaknya kau! Ko ilek je lepas SPM nanti aku beli, ko dok kat situ diam diam. Novel kawan aku, dari bulan 3 aku pinjam pon tak pulang-pulang haha teruk seh. So lepas SPM nanti baca novel je satu bulan tu. Kenapa satu bulan? Kau tak tau ke aku dapat PLKN ekekeke.

Menyampahnya aku banyak sangat novel baru nya pun.

Aku jarang belajar kat meja belajar dalam bilik. Aku suka belajar/buat hw kat ruang tamu sambil tengok tv. Secara tidak rasminya, remote tv aku yang pegang hahahaha.

Kemas kan meja aku. Kemas la sebab nak bubuh dalam blog wakaka.

Kau suka tak tengok Super Spontan? Aku suka gila kot. Team Semut Sentap! K k k ada Johan, Jep, Tauke, Ajak. So tell me tang mana yang tak bestnya. Rasa macam hilang kejap stress belajar. Malam ni eh jangan lupa. 

- Google Images. #SemutSentap

Puas. Lama tak update blog hihi. Trial punya pasal. Err doakanlah keputusan trial dan SPM aku eh. Thanks :) Oh ya all the best juga untuk team Harimau Muda esok. #PestaBolaMerdeka (Ni bukan Instagram bai hashtag bagai) Rasa nak buat OLEMIRA laaa ale ale ale. Mesti ko ingat aku nak update pasal pemain muda yang hensem dan first time tengok depan TV an? Cis. Betul la tu bhahahaha.

3 comments :