Sunday, August 4, 2013

Bebel Bebel Menjelang Raya.

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tengah study math sekarang. Duduk depan komputer jap nak search kat google amende faktor perdana haih dah lupa la. Sebelum tu bukak FB wish birthday cousin oh biasalah zaman teknologi ni thanks Facebook tolong ingatkan haha :P Pastu bukak Youtube pasang lagu raya Siti Nurhaliza wah wah terus semangat nak update blog.

Cakap pasal lagu raya...

Kemahen tak boleh blah. Dah siap download dah lagu lagu nak pilih mana satu jadi ringtone nanti. Lagi kemahen bila dah bubuh dah pon ringtone lagu raya. 

Ok ok persiapan raya aku. Barang barang sume dah beli. Berapa kali keluar shopping ntah aku tak ingat. Sehari keluar beli satu barang. Pergh sakit hati sape yang teman aku shopping bhahaha. Persiapan untuk umah plak, dah siap cat umah dengan pasang langsir. Yang lelain tu lepas balik dari kampung settlekan. Ececece sembang lebih macamla aku kemas umah nanti. Tolong mak sikit sikit je hihi.

Tak sabarnya nak balik raya walaupun dok Gombak je. Apadehal dekat ke apa ke kampung kesayangan aku tuuu. Satu je la kurang best. Kampung... takde... Astro. Iklan Astro banyak citer best best best hmmm. 

Yang paling tak menahan rasa eksaitednya nanti pada malam raya. Isi kuih raya dalam balang! Makcik pakcik masing masing bawak kuih raya. Amik semua kuih raya letak kat ruang tamu. Sambil isi kuih dalam balang sambil makan. Kalau sedap tak yah letak dalam balang. Makan sendiri sendiri je haha. Ei tak sabar.

Oh tahun ni kuih raya buat cornflakes madu je. Mak buat mini popia. Tak yah lebih lebih, kuih tunjuk dah banyak teehee. Cornflakes tu pon teragak-agak nak buat sebab busy. Trial dah dekat dah ni. Eh hahahahahaha baru aku ingat tujuan aku duduk depan komputer ni -.-

Sudah sudahlah membebel. Oklah nak bagi ucapan raya in advance. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin sepanjang aku berblogging ni kalau ada terguris kata dan tersentap. In Shaa Allah aku balik kampung hari Selasa :) Doakan keselamatan kami sekeluarga. Keluarga besar sekali. Korang pon. Semoga baik baik perjalanan ya. Assalamualaikum.

3 comments :