Tuesday, July 23, 2013

Juadah Berbuka Yang Engko Suka?

Assalamualaikum.

Haritu masa kelas GPMS Bio, hari ke-6 puasa, geng geng satu meja takleh fokus apa yang cikgu ajar. Siapa ntah yang start cite pasal kuih muih favourite untuk bukak puasa :P Habis meleret sampai habis kelas. Hu ha hu ha aku suka kuih ni aku suka kuih tu haa kuih tu pon aku suka jugak. Eksaited kemahen sume.

Kalau kau tanya aku suka kuih apa (kau tak nak tanya pon takpe, nak cite jugak ok), adalah beberapa kuih ngan juadah berbuka yang aku suka. Maap la yer post gambar makanan. Dah dua minggu puasa, iman sudah kira steady la tu. Macam steadynya berat badan aku turun 3 kg weeheeeee. Tetiba.

Kole Kacang. Start suka tahun lepas. Tak tau apa yang sedap tapi suka sangat kat makanan ni.

Popia basah aku suka. Popia goreng aku tak suka. Mini popia aku suka. Popeye aku tak suka.

Aku pernah hokey gi bazaar semata-mata cari samosa. Tapi kecik giler samosa makcik tu jual. Terus tukar beli karipap sardin. Eh manada keciwa.

Favourite! Favourite! Siapa yang cipta Roti John ni? Nak bagi award haha.

Rasa macam hari hari nak air cendol. Sedap sangat engko tau.

Hihi rajinnya update blog. Gambar diambil di Google Images. Banyak kuih yang aku tak tau nama, tau rupa. Tak tau rupa, tau nama. Jom jom share apa juadah berbuka yang korang suka. 

5 comments :

  1. Menggoda betul dekat2 nak berbuka ni...hihi....selamat berkenalan, 1st time akak singgah sini... emmm...akak suke cendol! hehe

    ReplyDelete
  2. huh.. makruh tengok entry nih siang.siang

    ReplyDelete
  3. follow sini.. cantik gambar makanan :)

    ReplyDelete
  4. KITA SUKA roti john tu .. FAV FAV !! <3 heeeee

    ReplyDelete