Monday, June 3, 2013

OLEMIRA: Selangorku Sayang.

Assalamualaikum.

5 bulan tanpa OLEMIRA ken... Haha maap ler mood lagi satu dah datang dah. Tahniah la yer Kelantan ngan JDT masok final untuk piala FA. Tapi tak nak cite pasal dorang pon. Lagi lagi JDT sebab kalahkan Selangor haritu huh :P Ye ini entry untuk pemain Selangor. 

Aku asal Selangor tapi dok KL. Baru musim ni minat bola untuk Selangor. Sebab? Ada Mahali Jasuli okeh :) Terus sokong hehe eh macam tak logik sikit. Kalau ada perlawanan Selangor kat TV mesti tengok punya. Pastu baru sedar pemain yang lain lain pon terel.


Norazlan Razali

- Google Images.


I couldn't agree more (ceh betul ke ni) yang Norazlan Razali seorang keeper yang terel di Malaysia sekarang. Banyak save bola kot. Setakat ni Selangor cuma dibolosi 13 kali tau sepanjang 18 perlawanan. Mana aku tau? Eh mestilah tau ;)

Bunyamin Umar

- Google Images.


Respect Bunyamin sebab dia tutup aurat :) Pemain yang penting dalam benteng pertahanan. Haaa tu je lah ha ha ha -___-

Amri Yahyah

- Google Images.


Ini legend Selangor punya. Disenaraikan balik untuk skuad Harimau Malaya. Pemain Selangor antara yang paling banyak dipanggil Rajagopal kali ni. Selangor pulak dah jaringkan 22 gol. Ok siyesly mana aku tau? Adakah aku mencatat jumlah gol dan gol dibolosi setiap perlawanan dalam buku 555? Bukan. Aku bukak new tab ini saje dow -> FASelangor

Bila tengok match Selangor ngan pasukan memane takde ah bosan aku rasa. Penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, pemain sayap, penyerang sume ok. Oh ya dekat sidebar sebelah ada jugak selit selit pemain Selangor. Setakat ni views untuk OLEMIRA boleh tahan la. Ada yang 100+ views. Haha ada yang baca rupanya pandangan pasal pemain bola ntah pape aku ni kekekeke :P

6 comments :

  1. Wah, peminat bola jugak ek..Yun jarang tengok bola tapi kalo badminton match tu selalu..

    Visit me back,
    Yun

    ReplyDelete
  2. oooo...yumda ni kurang arif pasal bola
    klo kartun tu mmg terer sikit..hehe

    ReplyDelete
  3. Suka tengok bola lagi lagi team selangor main. Memang anak jati selangor lah katakan. Hehe

    ReplyDelete
  4. minat amri yahya jugak!
    btw done follow awak :)

    ReplyDelete
  5. Ada juga pompuan yg minat bola ye.. hehe

    ReplyDelete
  6. kim salam ke amri yahya tu ok..haha

    ReplyDelete