Friday, May 3, 2013

Kenapa Bukan Novel Cinta?

Assalamualaikum.

Sememangnya persoalan di atas khas untuk diri sendiri. Kenapa aku tanya kat diri sendiri? Saje. Aku pon kengkadang tak paham sangat dengan diri aku ni. Aku suka makan pisang goreng tapi tak suka pisang. Pagi pagi lepas mandi mesti aku konfius aku dah gosok gigi ke belum. Jadi... apa kaitannya dengan tajuk di atas? TAK ADA. Haha ok jom sambung cite pasal novel cinta. (Pendahuluan + Merepek = Me)

'Kenapa kau tak suka novel cinta? Best kot. Boleh nangis nangis.'

Haaa maceh la bagitau sebab yang pertama. Aku tak suka la novel yang sedih sedih ni. Lepas dah habis baca novel yang kononnya sedih tu mesti aku macam - part ni ke yang air mata kau meleleh leleh? - kau biaq betui? - tak sedih pon? - asal aku tak nangis wei? Menyesal je aku baca konflik percintaan dorang ni beratus ratus mukasurat. Ke aku yang tak berperasaan haha!

Pastu kan aku takleh terima bila novel tu guna 'saya awak' apatah lagi 'abang abang'. Tak tau kenapa. Kalau panggilan dah camtu konfem ayat pon baik baik je. Bila aku baca sinopsis kat belakang, kalau guna 'saya awak' tu memey aku letak balik la jawabnya. 'Kau aku' baru rock. Automatik cerita dia akan jadi kelakar. Macam Coke and Sundae, Cinta Kontrak, Prince Charming, Hikayat Cinta. Tapi cerita ni watak dorang semua gadoh sebab tu la pakai 'kau aku' kekekekeke.


Novel jenis ni ada 5 je kat umah. 

Aku sukakan sesuatu yang mencabar, buat aku berfikir. Kena selesaikan misteri. Cari siapa pembunuh sebenarnya. Pembunuh yang dicari rupa rupanya orang yang paling rapat ngan kita. Kenapa dia bunuh diri. Ada ke yang nak percaya cerita seram dia. Fuhhh novel thriller semangat betul bila aku baca kau.


Some of my favourite :) Novel kelakar best! Tak tensionnn bila baca.


Kepala aku mesti kusut bila aku tengah study. Lepas 2-3 bab, otak aku kena bernafas jap (otak bernafas ya?). Disebabkan aku suka membaca wakakaka jadi aku bacalah novel. Sebab tu aku suka novel yang kelakar. Hilang semak dalam kepala aku tadi. Kau bayangkan bila bukak novel cinta keluar pulak part cinta tiga segi. Main rebut rebut bini sesuka hati kau je. Eh aku campak jugak novel ni kanggg. Kepala aku dah kusut tau jangan la tambahkan sakit hati aku plak. (Kata takde perasaan tadi. Oh lupa. Tu kalau part sedih. Part marah, aku marah betol)

And reason terakhir hehe ofkos... hei aku sendiri tak pernah bercinta, nak baca novel cintan cintun  bagai. Ape kes bro sorry ah not interested yet mwehehehe. Orang kata single tu bebas. Apa yang bebas pon aku tak tau la takde pengalaman kan. Bebas macam sesuka hati bergambar dalam umah masa takde orang ke?



Oraittt harini je aku nak relax sikit besok nak study balek. Rerajin la komen entry aku ni ek bole la aku gi blogwalking blog korang teehee ^___^

*Sorry TERDELETE entry ni. Terpaksa publish balik. Komen pon hilang wuwuwu :(

7 comments :

  1. saya suka baca novel ! :D
    Singgah sini :D

    ReplyDelete
  2. cuba la baca aA+ bB..worth for read it!semua nukilan hlovate sangat best

    ReplyDelete
  3. wahhh kte sama la.. btw saya suka novel sedih.. sebab suka over2 feeling...haha

    ReplyDelete
  4. Lana prefer novel thriller n novel motivasi, ada bnyk input,hehe.

    Pernah juga cuba baca novel tema cinta..skrg mmg berlambak dkt market novel jenis ni. Nak kena pandai pilih.

    ReplyDelete
  5. Waktu senggang memang asik untuk baca novel...
    apalagi baca novel tentang cinta...
    Soo sweett dehh...
    heheheh... :)

    ReplyDelete