Wednesday, May 29, 2013

Kecik... Kemana Kau Menghilangkan Diri?

Assalamualaikum.

Mengapa kau melarikan dirimu ku rasa sayu ku ingin kau disampingku seperti waktu dahulu, Kemana kau menghilangkan dirimu ku rasa rindu ku mencarimu disinggah sana, Dan aku hilang tempat bermanja kau pula bersuka ria ececece habis jugak lagu Apit ni kang.

Rumah aku memang ada bela kucing. Kucing-kucing ni sesuka hati dia je datang kat umah ni. Mula mula dok luar beranda. Pastu luar pintu. Pastu depan pintu umah. Pastu tepi meja. Pastu cari makanan kat dapur. Pastu dok terbongkang atas sofa. Hebat permainan dia hebat.

Semua kucing yang pernah/sedang ada kat umah ni nanti aku buat dalam entry lain. Entry ni pasal satu satunya kucing yang paling disayangi. Kecik. Kenapa nama dia Kecik? Ntahlah. Tapi lepas dua tiga bulan dia lahir dia suka dok lepak atas sofa. Selalu hilang. Semua cuak kot kot terduduk atas dia ke. Warna bulu pon lebih kurang je ngan warna sofa. Bila hilang panggil, 'kecikkk' nanti dia datang. Atototo cutenya...

Ni masa dia masih kecil. Comel giler wei. First time kat umah tu ada kucing bulu parsi. Kiranya Kecik ni jenis kucing mix la. Parsi + kampong. 

Kucing ni dia macam tau kalau dia lawa, tak main ah ikan goreng gaul dengan nasi. Friskies only. Senang kerja tak yah susah susah gi goreng ikan. Hehe yang susahnya mak aku. Aku bagi Friskies pon kengkadang kehkeh lagi mau gorengkan ikan. Bila nak makan takdenya dok mengiau satu rumah menagih simpati. Geser geser kepala kat tangan, ikot je mana kitaorang gi tu tandanya nak makan la tu.

Bila dah kenyang sombong bukan main. Ajak main tak layan der. Tido je kerja. Bila panggil, pandang pon jeling jeling je. Sebab tu aku jarang kasi dia makan bhahaha! Kau nak sombong ngan aku sangat kan. Nak tido tempat high class. Tempat landing kena lembut ya. 


' Sorry I tak tido atas lantai. Sejuk uolsss. Cukup menggoda tak bulu dada I ngehngeh. '

Tapi tu bukan salah dia perangai mengada ngada. Lepas dia lahir mak dia tak hiraukan dia. Nak manja ngan sape lagi. Pastu malam malam tido atas katil mak aku. Ada satu malam tu aku terjaga. Tengok si Kecik ni tido bawah lengan hihihihi :) Kecik ni kategori bijak jugakla daripada kucing kucing kat umah ni yang lain. Bila panggil, datang. Tepuk peha, dok atas riba. Menyahtinja dalam bilik air. Masa orang makan, tak kacau. Pagi pagi kejut nak makan.

Haritu masa aku gi skolah, dia kejar aku pastu kena langgar motor. Tergamam bhai. Pastu lari nyorok bawah kereta. Kat skolah aku teringatkan je si Kecik ni. Berdoa agar Tuhan panjangkan umur dia... Balik umah cepat cepat nak tengok Kecik pastu nampak dia dengan senang hatinya makan Friskies macam takde apa yang berlaku. Cis cis.

Kucing jantan selalu bergadoh kan. Dia pernah kena serang dengan kucing gemok sampai takleh jalan. Bawak gi klinik haiwan pastu sembuh. Dua tiga hari pastu hilang. Siyes tak balik umah. Kucing ni tak reti bersyukur ke hape. Tapi rasanya ada orang amik. Tak tau la. Ntah hidop ke dah mati ke. Kalau hidop, orang jaga takpe. Kalau dok merempat, pandai pandai la berdikari Kecik wei :') Wuwuwu rindu sangat tau sampai lagu Apit pon boleh jadi lagu untuk kucing hahaha.

13 comments :

  1. alolololo.. omeynya kecik ni. hehe. sabar je lah, nt dia balik la tu, in shaa ALLAH :)

    ReplyDelete
  2. COMEL NYAAAAAAA, INSYAALAH KALAU AWAK JAGA DIA BAIK SEBELUM NI, DIA AKAN BALIK, SBB DEKAT MISAI KUCING , DAH MELEKAT BAU RUMAH YANG DIA SELALU TINGGAL

    ReplyDelete
  3. memang musim kucing hilang ke??
    jiran pon ade bgtau kucing die hilang..alih dah jumpe dah mati :(

    ReplyDelete
  4. my fav kucing pun dah xde dah..lepas Putih xde, saya jadi takut dengan kucing =(

    ReplyDelete
  5. hmm..teringat pulak kat kucing Yayan.. sebijik mcm kucing kat atas..die pun hilang gak.. sob sob :(

    ReplyDelete
  6. Comelnya kucing awak. Kucing kat gambar no. 2 tu sama mcm kucing saya. :)

    ReplyDelete
  7. saya takde kucing. tak minat pun nak jaga. tp kucing awak comel ^^

    ReplyDelete
  8. Kucing awak comel, Jenis apa kucingmu itu wahai kawan emira?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau haha. Parsi + kampong gitu kot hehehehe.

      Delete
  9. I love cats too! hehe. mm diorg mmg suke maen terus hilang jee kan.. anyways done follow u back :)

    ReplyDelete
  10. comel sgt kucing..untung dpt bela kucing..rumah Mai xsesuai sebab buat kuih :( huhu sedih..btw done follow here :D

    ReplyDelete