Friday, May 24, 2013

Cuti Ini.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Cuti dua minggu tiba jua akhirnya. Pahal skema sangat ni. Tapi takpe bro sebab dapat cuti punya pasal. Apa nak buat cuti ni eh? Aku nak study hihihi. Panggggg baru tersedar yang aku dah nak SPM dah ni. Kena study wei. Sebelum study, kena siapkan homework dulu baru hati tenang. 


4 subjek je fuhh fuhh. Tapi hazab dia mak aihhh kemain dahsyat. Bio nota & latihan bab 1 ngan bab 2. Latihan kimia. Sejarah nota bab 1 sampai bab 4. Latihan setiap subtopik pon kena buat. Folio bm 20 contoh karangan. Nota komsas, novel, tatabahasa, latihan rumusan yang aku tak buat lagi sebab tak masok kelas untuk latihan kawad dulu. Dahsyat tak dahsyat -___-

Lepas dah kasi settle homework, dah boleh mula study. Ye MULA. Mula dari bab 1 semua subjek. Tapi untuk study, tak leh main redah je. Kena kelaskan dulu mana topik senang mana susah. Yang susah study last. Takdela engko fedup ye diri sendiri.

Semalam, punyalah gigih aku ke Power Stationery dekat dengan Sup Meletop tu sampai terkehel kaki aku masok lubang. Kena tahan plak ngan promoter untuk kelab nutrisi dorang. Boleh plak tu aku bagi nombor aku kat dorang pasni kalau dorang call mampos aku nak jawab. Aku tak nak join pon lah. Habis dengar ceramah secara tidak ikhlas bhahahaha aku terus gi kedai yang aku nak gi setengah jam yang lalu. Onak duri yang aku tempuhi hanyalah untuk...


STICKER NOTE! Untuk subjek bio, kimia, fizik ngan add math. Kuning untuk tahap bolehlah. Oren sederhana. Hijau susah. Biru susah tahap aku tak paham langsong haha. Pasni kalau ada soalan nak tanya cikgu senang sikitla sebab dah tau tang mana yang aku tak paham.

Semalam jugak aku gi klinik. Dua tiga hari ni bila aku kunyah makanan je hidung aku jadi sakit. Canneh nak terangkan. Dekat bahagian antara mata kiri ngan mata kanan tu. Setiap pagi eh setiap kali aku mandi mesti aku bersin. Susah bhai aku nak gosok gigi hahaha. Pastu haritu masa aku bersin, keluar darah sekali. Cemas ok. Tapi tak cemas sangatla sebab tu aku tak letak tanda seru kehkeh.

Dah 17 tahun baru aku tau aku allergic seafood wakakaka. Lagi satu, jangan minum benda yang berais. Wei wei udang favourite aku kot! Air kena berais kalau tak mana nikmat dow. CoolBlog setiap minggu. Selepas 17 tahun huhuhuhu sedihnya. Ah takde takde :P

Idea kalau dah datang memang laju je dapat update blog. Tapi datang secara spontan la. Kalau dok melangok depan pc ni tak dapeknye nak update blog. Cuti ni jugak nak jumpa kawan-kawan lama. Nad H confirm. Fairuz tak tau lagi. Harap harap jadi la ye teehee :)

8 comments :

  1. hish.. jaga kesihatan diri...
    and good luck for SPM!! XD

    ReplyDelete
  2. Good luck dik. Semoga dapat keputusan yang cemerlang :)

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti dan selamat menyiapkan homework..
    all the best SPM kak ! :)

    ReplyDelete
  4. Inilah lumrah sebagai seorang pelajar. Saya ama memahami. Hahahahahaha :) Selamat bercuti.

    ReplyDelete
  5. hahahaha sama la kita , alergic , tada ais mana bley hdup ~

    ReplyDelete
  6. saya slalu suka kata demi kata dan bagaimana caranya pak admin ini menguraikannya dalam bentuk postingan.
    salam sukses berkarya

    ReplyDelete
  7. Thank you. Gah sini kembali. Tak sangka dah form 5 ! Ingatkan baya-baya kite ni je. Baru beli sticky note tu, tapi tak tau nk guna apa sangat. Tengok blog akak ni, nk try jugak. PBS sekarang bukan kacang petik jari.

    ReplyDelete