Wednesday, May 29, 2013

Kecik... Kemana Kau Menghilangkan Diri?

Assalamualaikum.

Mengapa kau melarikan dirimu ku rasa sayu ku ingin kau disampingku seperti waktu dahulu, Kemana kau menghilangkan dirimu ku rasa rindu ku mencarimu disinggah sana, Dan aku hilang tempat bermanja kau pula bersuka ria ececece habis jugak lagu Apit ni kang.

Rumah aku memang ada bela kucing. Kucing-kucing ni sesuka hati dia je datang kat umah ni. Mula mula dok luar beranda. Pastu luar pintu. Pastu depan pintu umah. Pastu tepi meja. Pastu cari makanan kat dapur. Pastu dok terbongkang atas sofa. Hebat permainan dia hebat.

Semua kucing yang pernah/sedang ada kat umah ni nanti aku buat dalam entry lain. Entry ni pasal satu satunya kucing yang paling disayangi. Kecik. Kenapa nama dia Kecik? Ntahlah. Tapi lepas dua tiga bulan dia lahir dia suka dok lepak atas sofa. Selalu hilang. Semua cuak kot kot terduduk atas dia ke. Warna bulu pon lebih kurang je ngan warna sofa. Bila hilang panggil, 'kecikkk' nanti dia datang. Atototo cutenya...

Ni masa dia masih kecil. Comel giler wei. First time kat umah tu ada kucing bulu parsi. Kiranya Kecik ni jenis kucing mix la. Parsi + kampong. 

Kucing ni dia macam tau kalau dia lawa, tak main ah ikan goreng gaul dengan nasi. Friskies only. Senang kerja tak yah susah susah gi goreng ikan. Hehe yang susahnya mak aku. Aku bagi Friskies pon kengkadang kehkeh lagi mau gorengkan ikan. Bila nak makan takdenya dok mengiau satu rumah menagih simpati. Geser geser kepala kat tangan, ikot je mana kitaorang gi tu tandanya nak makan la tu.

Bila dah kenyang sombong bukan main. Ajak main tak layan der. Tido je kerja. Bila panggil, pandang pon jeling jeling je. Sebab tu aku jarang kasi dia makan bhahaha! Kau nak sombong ngan aku sangat kan. Nak tido tempat high class. Tempat landing kena lembut ya. 


' Sorry I tak tido atas lantai. Sejuk uolsss. Cukup menggoda tak bulu dada I ngehngeh. '

Tapi tu bukan salah dia perangai mengada ngada. Lepas dia lahir mak dia tak hiraukan dia. Nak manja ngan sape lagi. Pastu malam malam tido atas katil mak aku. Ada satu malam tu aku terjaga. Tengok si Kecik ni tido bawah lengan hihihihi :) Kecik ni kategori bijak jugakla daripada kucing kucing kat umah ni yang lain. Bila panggil, datang. Tepuk peha, dok atas riba. Menyahtinja dalam bilik air. Masa orang makan, tak kacau. Pagi pagi kejut nak makan.

Haritu masa aku gi skolah, dia kejar aku pastu kena langgar motor. Tergamam bhai. Pastu lari nyorok bawah kereta. Kat skolah aku teringatkan je si Kecik ni. Berdoa agar Tuhan panjangkan umur dia... Balik umah cepat cepat nak tengok Kecik pastu nampak dia dengan senang hatinya makan Friskies macam takde apa yang berlaku. Cis cis.

Kucing jantan selalu bergadoh kan. Dia pernah kena serang dengan kucing gemok sampai takleh jalan. Bawak gi klinik haiwan pastu sembuh. Dua tiga hari pastu hilang. Siyes tak balik umah. Kucing ni tak reti bersyukur ke hape. Tapi rasanya ada orang amik. Tak tau la. Ntah hidop ke dah mati ke. Kalau hidop, orang jaga takpe. Kalau dok merempat, pandai pandai la berdikari Kecik wei :') Wuwuwu rindu sangat tau sampai lagu Apit pon boleh jadi lagu untuk kucing hahaha.

Friday, May 24, 2013

Cuti Ini.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Cuti dua minggu tiba jua akhirnya. Pahal skema sangat ni. Tapi takpe bro sebab dapat cuti punya pasal. Apa nak buat cuti ni eh? Aku nak study hihihi. Panggggg baru tersedar yang aku dah nak SPM dah ni. Kena study wei. Sebelum study, kena siapkan homework dulu baru hati tenang. 


4 subjek je fuhh fuhh. Tapi hazab dia mak aihhh kemain dahsyat. Bio nota & latihan bab 1 ngan bab 2. Latihan kimia. Sejarah nota bab 1 sampai bab 4. Latihan setiap subtopik pon kena buat. Folio bm 20 contoh karangan. Nota komsas, novel, tatabahasa, latihan rumusan yang aku tak buat lagi sebab tak masok kelas untuk latihan kawad dulu. Dahsyat tak dahsyat -___-

Lepas dah kasi settle homework, dah boleh mula study. Ye MULA. Mula dari bab 1 semua subjek. Tapi untuk study, tak leh main redah je. Kena kelaskan dulu mana topik senang mana susah. Yang susah study last. Takdela engko fedup ye diri sendiri.

Semalam, punyalah gigih aku ke Power Stationery dekat dengan Sup Meletop tu sampai terkehel kaki aku masok lubang. Kena tahan plak ngan promoter untuk kelab nutrisi dorang. Boleh plak tu aku bagi nombor aku kat dorang pasni kalau dorang call mampos aku nak jawab. Aku tak nak join pon lah. Habis dengar ceramah secara tidak ikhlas bhahahaha aku terus gi kedai yang aku nak gi setengah jam yang lalu. Onak duri yang aku tempuhi hanyalah untuk...


STICKER NOTE! Untuk subjek bio, kimia, fizik ngan add math. Kuning untuk tahap bolehlah. Oren sederhana. Hijau susah. Biru susah tahap aku tak paham langsong haha. Pasni kalau ada soalan nak tanya cikgu senang sikitla sebab dah tau tang mana yang aku tak paham.

Semalam jugak aku gi klinik. Dua tiga hari ni bila aku kunyah makanan je hidung aku jadi sakit. Canneh nak terangkan. Dekat bahagian antara mata kiri ngan mata kanan tu. Setiap pagi eh setiap kali aku mandi mesti aku bersin. Susah bhai aku nak gosok gigi hahaha. Pastu haritu masa aku bersin, keluar darah sekali. Cemas ok. Tapi tak cemas sangatla sebab tu aku tak letak tanda seru kehkeh.

Dah 17 tahun baru aku tau aku allergic seafood wakakaka. Lagi satu, jangan minum benda yang berais. Wei wei udang favourite aku kot! Air kena berais kalau tak mana nikmat dow. CoolBlog setiap minggu. Selepas 17 tahun huhuhuhu sedihnya. Ah takde takde :P

Idea kalau dah datang memang laju je dapat update blog. Tapi datang secara spontan la. Kalau dok melangok depan pc ni tak dapeknye nak update blog. Cuti ni jugak nak jumpa kawan-kawan lama. Nad H confirm. Fairuz tak tau lagi. Harap harap jadi la ye teehee :)

Friday, May 17, 2013

Ada Orang Tanya.

Assalamualaikum.

Aku ni jarang masok segmen. Bukan jarang tapi tak pernah masok pon. Kalau masok yang tak yah buat entry. Kalau kena buat entry bagai memang tak der aku nak masok. Pemalasss kan haha. Entry sendiri malahan diri sendiri tak terurus, lagi mau join segmen. Bila blogwalking ada segmen yang tak perlu buat entry cuma letak link blog anda saja di kotak komen eh marilah mari kita semua join, alang alang tu aku bubuh je la.

Apa yang paling aku suka lepas publish entry adalah membaca komen. Bila orang bagi komen positif, rasa semangat nak buat entry baru :D Setakat ni komen negatif takde aku rasa. Ada pon anonymous dok perli perli cehhh. Lu kalau nak komen lempar segala tahi tunjuk nama ngan blog lu dow biar wa scroll blog lu atas bawah atas bawah dulu.

Ekceli sekarang aku dah kekurangan idea untuk update entry baru selain daripada life update dan OLEMIRA (omjayyy lama giler tak menggedik pasal pemain bola hihihihi). Jadi, sila scroll bawah sikit. Ya, bawah lagi. Sikit lagi. Nah, bahagian sidebar kat tepi ni, yang bawah sekali. Kalau kau nak senang, baca tajuk entry ini sahaja wahahahaha.


" Ada Orang Tanya "

Wahh wahh kemain bajet tajuknya kan. Jangan ar korang. Itu tajuk saje. Mana tahu, ada entry yang tak pernah aku terpikir nak buat, ada orang bagikan idea kan kan. Boleh aku tulis masa cuti nanti. Apa-apa soalan atau cerita boleh korang tanya. Oraittt bolehlah korang tinggalkan komen kat entry ni dan berikan soalan serta idea kepada aku. Dan lepas aku update entry tersebut, aku tepek kat sidebar sebelah. Senang bukan? Terima kasih kawan-kawan ;)

*Soalan pendek macam soalan kat buku biodata atau ask.fm pon boleyyy.

Friday, May 3, 2013

Kenapa Bukan Novel Cinta?

Assalamualaikum.

Sememangnya persoalan di atas khas untuk diri sendiri. Kenapa aku tanya kat diri sendiri? Saje. Aku pon kengkadang tak paham sangat dengan diri aku ni. Aku suka makan pisang goreng tapi tak suka pisang. Pagi pagi lepas mandi mesti aku konfius aku dah gosok gigi ke belum. Jadi... apa kaitannya dengan tajuk di atas? TAK ADA. Haha ok jom sambung cite pasal novel cinta. (Pendahuluan + Merepek = Me)

'Kenapa kau tak suka novel cinta? Best kot. Boleh nangis nangis.'

Haaa maceh la bagitau sebab yang pertama. Aku tak suka la novel yang sedih sedih ni. Lepas dah habis baca novel yang kononnya sedih tu mesti aku macam - part ni ke yang air mata kau meleleh leleh? - kau biaq betui? - tak sedih pon? - asal aku tak nangis wei? Menyesal je aku baca konflik percintaan dorang ni beratus ratus mukasurat. Ke aku yang tak berperasaan haha!

Pastu kan aku takleh terima bila novel tu guna 'saya awak' apatah lagi 'abang abang'. Tak tau kenapa. Kalau panggilan dah camtu konfem ayat pon baik baik je. Bila aku baca sinopsis kat belakang, kalau guna 'saya awak' tu memey aku letak balik la jawabnya. 'Kau aku' baru rock. Automatik cerita dia akan jadi kelakar. Macam Coke and Sundae, Cinta Kontrak, Prince Charming, Hikayat Cinta. Tapi cerita ni watak dorang semua gadoh sebab tu la pakai 'kau aku' kekekekeke.


Novel jenis ni ada 5 je kat umah. 

Aku sukakan sesuatu yang mencabar, buat aku berfikir. Kena selesaikan misteri. Cari siapa pembunuh sebenarnya. Pembunuh yang dicari rupa rupanya orang yang paling rapat ngan kita. Kenapa dia bunuh diri. Ada ke yang nak percaya cerita seram dia. Fuhhh novel thriller semangat betul bila aku baca kau.


Some of my favourite :) Novel kelakar best! Tak tensionnn bila baca.


Kepala aku mesti kusut bila aku tengah study. Lepas 2-3 bab, otak aku kena bernafas jap (otak bernafas ya?). Disebabkan aku suka membaca wakakaka jadi aku bacalah novel. Sebab tu aku suka novel yang kelakar. Hilang semak dalam kepala aku tadi. Kau bayangkan bila bukak novel cinta keluar pulak part cinta tiga segi. Main rebut rebut bini sesuka hati kau je. Eh aku campak jugak novel ni kanggg. Kepala aku dah kusut tau jangan la tambahkan sakit hati aku plak. (Kata takde perasaan tadi. Oh lupa. Tu kalau part sedih. Part marah, aku marah betol)

And reason terakhir hehe ofkos... hei aku sendiri tak pernah bercinta, nak baca novel cintan cintun  bagai. Ape kes bro sorry ah not interested yet mwehehehe. Orang kata single tu bebas. Apa yang bebas pon aku tak tau la takde pengalaman kan. Bebas macam sesuka hati bergambar dalam umah masa takde orang ke?



Oraittt harini je aku nak relax sikit besok nak study balek. Rerajin la komen entry aku ni ek bole la aku gi blogwalking blog korang teehee ^___^

*Sorry TERDELETE entry ni. Terpaksa publish balik. Komen pon hilang wuwuwu :(