Saturday, April 27, 2013

Nak Cari Buku, Nak Cari Buku.

Assalamualaikum.


Memandangkan aku tak tuisyen, jadi sumber untuk aku buat ulangkaji hanyalah kertas-kertas latihan masa kelas GPMS dan kertas-kertas pekse tahun lepas. Minggu depan nak pekse, buku latihan pon takde. Moh ler kita ke PWTC jawabnya. Macam tahun lepas, kena pergi hari first barulah tak sesak sangat. 

Tahun ni pergi berdua je dengan Nadira. Sampai sana pukul 3. Terus gi tingkat atas nak cari buku latihan. Lek lek lepas dah settle buku pelajaran baru boleh pikir untuk novel okeh. Aku dah siap listkan buku yang nak dibeli kat phone.

PELANGI - Sejarah Kertas 3.


Semalam masa kelas Sejarah, Cikgu Yat tunjuk buku ni. Haaa petang tu terus beli. Cukup advanced tak.

CERDIK - Math & Add Math.


Aku memang buat latihan Math & Add Math guna buku Cerdik. Tapi tahun lepas punya Expert. Dah ubah kot daripada kau Expert je baik kau terbang tinggi (Fly High) wakakaka sukati kau la.

SASBADI - Latihan Topikal Sejarah, Kimia, Biologi, Fizik, Agama. 


Aku memang cari buku latihan Form 4 & Form 5. Nak beli jenama Cerdik tu mahal sangat la plak aku rasa sebab Form 4 ngan Form 5 buku dia lain-lain. Sebaik jumpa buku ni tau. 

Ok bereh buku latihan semua dah beli. Tengok jam... baru pukul 4? Punya nak tercabut tangan aku dok bawak buku baru sejam je jalan-jalan? Oh ya jom beli novel!!! Tapi tak bernafsu sangat pon nak beli. Saje je alang-alang dah sampai kat PWTC ni kan. 

FAJAR PAKEER - Prince Charming. ALAF 21 - Antologi Jiwa Kacau.


Prince Charming ni harga sebenar dia RM19.90 kan. Aku beli RM15.90 je weh kau caye tak. Diskaun RM4. Yang Jiwa Kacau tu plak aku beli RM17.60. Kurang RM4.40 daripada harga asal. Beli novel je jimat RM8.40. Dapatla jugak aku beli Kuew Teow Sup ngan Teh Ais kat kedai mamak.

Aku dah pernah baca dah Prince Charming sebelum ni. Tapi sebab best tahap tersengih tak bleh blah punya sepanjang masa bila baca buku ni, tu yang beli jugak. Pastu turun gi tingkat bawah, nak cari novel terbitan lain plak. Macam bangang pon ada aku ngan Nad asyik masuk dewan yang sama kehkehkeh. Pintu kau banyak sangatla PWTC kitaorang konfius dow.  

Pastu jumpa la jugak tempat yang dicari-cari padahal nak beli satu novel je pon. Masa ni memang mencabar bhai susah beno nak cari novel yang guna 'aku kau'. Banyak jumpa 'saya awak' 'abang abang'. Bhai bhai no jiwang like that please. Aku prefer novel yang kelakar atau thriller. Tu yang dapat Jiwa Kacau tu. Baca sinopsis kat belakang, giler kentang la best. 5 kisah dalam satu novel. Semua thriller.

Lepas bayar, gerak nak balik. Pukul 5 lebih lepak mamak. Oh Kuew Teow Sup bhahahaha (yang tetiba gelak cannih pahal). Habis makan tapi tak habis sangat la, gi CoolBlog. Pastu balik umah. Oraittt tu je. Nak study la hehe semangat kau kan mementang baru ada buku.

6 comments :

  1. prince charming tu best ke?
    wah...teringin la nk beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best !!! Sebab tu walaupun dah pernah baca, beli jugak heee :D
      Beli la. Kompem tak rasa rugi tau :)

      Delete
  2. woah! Complete!
    Dair buku pelajaran sampai buku for fun!
    Cool la..

    Good luck exam... :)

    ReplyDelete
  3. bnyak buku SPM :) Gud lak :) Do the best :)
    nak pergi jugakk tapi entah bile ada masa nak pergi huhu

    ReplyDelete
  4. adik , buku latihan topikal tu berapa harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku beli 5 buah RM34. Tu lepas diskaun la.
      Tapi kalau harga asal dalam 7-8 ringgit je.

      Delete