Friday, March 29, 2013

Vespa Weh Vespa!


Assalamualaikum.

Selalunya kalau perempuan ditanya pasal kereta idaman, rata-rata dorang akan jawab Mini Cooper dengan senyuman meleret sambil membayangkan diri  sendiri berada di dalam kereta kecik tu tapi harga RM200 000 pergh what the heck?! Kalau tak Mini Cooper, Myvi ataupon Viva. Kalau korang tanya aku, (eh ada ke yang nak tanya wakakaka sukati ler) dah kerja nanti baru aku pikirkan nak beli kereta apa mwehehehe.

Kalau motor pon aku takde motor idaman. I bukan minat rempit ihiksss (ngaku je lew tak gheti bawak motor kan sonang) Tapi aku memang tak suka motor besar-besar. Tonggek bhai. EX 5 pon aku tak suka. Dulu aku test bawak kat kampong fuhhh cemas dow nak main gear dia :') 

Sebab tu bila lalu depan kedai motor, aku tak pandang motor-motor kat situ. Cuma ada satu motor je yang buat aku rasa OMG nak naik nak naik sambil terkinja kinja. Kekekekeke takdela gurau aje. Apakah motor tersebut?


VESPA

Aku memang minat benda yang macam old school ni. Peplum pon aku suka. Tau tak korang yang Peplum sudah dipakai pada tahun 1964? Tak caye sila tengok filem Madu Tiga scene Jamil dengan Hasnah kahwin. Hasnah pakai baju peplum kot. Kelas kau Senah oiii.

Wei sekarang ni tengah cakap pasal Vespa an. Ok kenapa aku suka Vespa? Aku pon tak tau tapi aku memang suka tengok Vespa. Tapi tak pernah naik la. Satu hari nanti aku akan naik ek. In Shaa Allah ;)

Jom tengok warna Vespa yang aku suka. Oh sumber gambar; Google.

Pink. Oh my... 

Baby blue.

Turqoise. Bapak ah. Lawa siot.

Warna kuning pon aku suka tapi mesti nanti orang tertanya-tanya 'adakah dia penghantar pizza Yellow Cab?' Tak mo tak mo (hihi trend sekarang konon cute lettew cakap tak nak jadi tak mo tak mo) Stylo bukan kalau meronda dengan Vespa ngeee.

No comments :

Post a Comment