Saturday, March 23, 2013

Sebulan Kemudian...

Assalamualaikum.


Walaupun gaya aku yang dah lama tak update blog selama sebulan ni seperti orang yang terlalu fokus dalam peperiksaan, tapi percayalah tu semua dusta. Result bulan 3 ni pon berapa ketul je A. Lepas tengok batch 95's punya result, pergh rasa semangat pulok nak belajar. Baru sedar yang tahun ni aku nak amik SPM. Eh engko ni...

Anyway dah lama tak cerita pasal life aku sekarang. Aku sekarang dah tak tuisyen dah. Gila stress dengan kerja tuisyen. Melampau lampau homework kau, memang cite dia yang kat skolah takde homework pon kan. Bulan 1 je tuisyen pastu berhenti. Pastu sekarang amik kelas GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yang free kat sekolah. Aku jugak masuk kawad KRS wakil Zon Bangsar. 

Aku jarang update blog sebab sibuk. Rutin aku setiap hari lebih kurang sama je. Moh ler ushar dengan perasaan tidak puas hati.

6.10 a.m - Bangun, mandi, Solat Subuh, bersiap ke sekolah. Sarapan, kalau tak sempat makan dalam kelas. Oh biasa la tu.
7.00 a.m / 7.05 a.m / 7.10 a.m - Gerak dari rumah sambil berangan.
7.20 a.m - Kat sekolah (tak kira pukul berapa aku keluar rumah, sampai sekolah pukul 7.20 jugak kehkehkeh)
2.00 p.m - Kelas GPMS (isnin - khamis)
3.30 p.m - Kawad KRS 
5.30 p.m - Balik rumah, makan tengahari + malam, Solat Asar, bersiap nak joging
6.00 p.m - Joging dengan Azimah kat area Bandar Tasek Selatan / Skipping dalam rumah (skipping kalau tak jadi joging)
7.00 p.m - Rehat jap, mandi
7.30 p.m - Solat Maghrib, online, stalk Instagram / Twitter orang lain
8.30 p.m - Tengok TV, Solat Isyak
10.00 p.m - Buat homework
12.00 a.m / 1.00 a.m - Tido

Penat siot. Tapi kengkadang lepas balek kawad tak gi bersenam pon. Serius penat. Bila berkawad pon dah ok dah sebenarnya sebab keluar la jugak peluhnya kan. Sekarang busy kawad, lawan 16/4 ni. Doakan yang terbaik untuk kami ya :) 

Itu saja cerita terkini. Homework berlambak bhai. Nak siapkan cepat-cepat. You know, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kan kan kan?

Ehem ehem tadi lepas kelas tambahan, cikgu Noraziah belanja kitaorang CoolBlog. Awww terima kasih cikgu, cikgu baik sangat. Saya akan belajar elok-elok Fizik.

1 comment :

  1. Cikgu and Anak murid lebih kurang..awek muda la cikgu u

    ReplyDelete