Monday, February 11, 2013

Peh Peh Zalora Malaysia!


Assalamualaikum.

Selama aku berblogging, tak pernah plak aku terpikir yang akan ada portal online shopping yang nak bekerjasama dengan aku. Blog biasa header pon buruk. Baca comment di entry ini. Pendahuluan yang cukup merendah diri bukan wakakaka. Oraittt fokus pada tajuk utama. Siapa yang dah baca comment kat entry tu, tau la yang portal online shopping tu adalah

Peh peh...

Zalora Malaysia bagi aku voucher RM 50 dan balasannya aku kena review pasal apa yang aku dah beli tu kat blog. Peh peh senangnyaaa dapat beli secara percuma pastu aku cuma kena update cite kat blog je. Apa dorang tak tau ke yang hobi aku ni berblogging hikhik :D

Ok camne pengalaman membeli kat web Zalora? Peh peh BEST GILA wei. Engko tau kenapa? Jujur aku cakap yang ni first time aku beli barang secara online. Meh aku ceritakan!

Aku tak pernah pon bukak web Zalora sebelum ni. Sebab aku bajet yang harga barang dia mesti Rm100++ laa. Walaupun iklan kat TV, advertise kat mana-mana banyak tapi aku tak nak jugak bukak web dia. Daripada aku makan hati, baek aku dok diam diam je sobs. Bila Zalora offer RM50, aku gagahkan jua bukak web dia. Mana la tau kot kot ada ke barang yang dapat aku beli kan.

Sign up pastu terus gi bahagian perempuan. Baju, kasut, aksesori ahhhhh nak tekan mana dulu ni? Baju la sebab gwa pantang sikit nampak baju bro kehkeh. Sikit la sangat...

Banyaknya bajuuu :O Rambang mata. Tapi patutnya mata kena besar bukan mulut yang ternganga besar right? Eh eh kejap. Ada harga RM0 - RM49? 

Giler kentang! 1600 jenis baju bawah harga RM50! Camne aku nak gi tuisyen ni OMG tak sempat la nanti kahkahkah. Balek tuisyen lepas dah solat, makan terus dok depan PC. Weh weh excited dow :') 

Hmmm tengok ikot harga la. Dari murah ke mahal. Disebabkan aku ni tamak ye kengkawan, aku cari baju yang harga dia dekat-dekat RM50. Yang murah kang rasa rugi. Voucher tu bukannya boleh mintak baki kan.

Aku ni jenis yang bukan beli baju bila rasa lawa je terus beli. Pikir dulu over ke tak. Sesuai pakai masa bila. Nak pakai ngan apa. Setiap hari jugakla aku bukak web Zalora ni. Cantik sangat pon payah nanti segan nak pakai hehe. 

Engko tau tak betapa mudahnya bila membeli kat Zalora ni? Dahlah dia dah kelaskan dari harga, brand, saiz, warna, barang terkini dan macam-macam lagi. Pastu siap bagi detail lagi untuk satu-satu produk tu. Terus amik pita pengukur tau wahahaha.

Proses pembelian pon senang je. Aku pakai voucher so cuma bubuh kod voucher je la. Kalau beli pakai akaun bank aku tak tau la plak heee. Alaaa call je atau hantar email kat pihak Zalora kalau ada pape soalan. Senang kan? :)

Yeayyy dah sampai! Aku order hari Isnin, hari Rabu sampai. Memang express der. Haaa apa yang aku beli? Ececece konon surprise lettew. Kalau perasan, dekat product details tu dah ada nama bajunya.

ZIP Leopard Tribal Dress. Tribal ada leopard pon ada. Dua dalam satu kateko. Boleh pakai ngan inner atau cardigan. Kalau nak lebih jelas, tengokla kat web Zalora.

Selain penghantaran dan pemulangan percuma, Zalora juga suka bagi voucher kat orang hahaha. Sign up untuk newsletter dapat voucher, selalu melawat web dia pon dapat voucher. Bahagia weh bahagia.

Terima kasih Zalora Malaysia bagi saya peluang ni. Tak sangka tulis entry bodo bodo (baca entry entry lama) pon ada web yang tertarik kekekeke. Ok geng sila ke www.zalora.com.my dan like Facebook Zalora Malaysia ek. Selamat bershopping!

8 comments :

  1. Wahhh bagusnye...bila lah mamahanny punya turn pulak kan...hmmmm

    ReplyDelete
  2. Wah bestnyer.. ZALORA, kasi la kat saya voucher jugak.. hehe :)

    ReplyDelete
  3. Wahh lawanya baju-baju dia. Ni yang double-rambang mata **.**

    ReplyDelete
  4. boleh tukar tak kalau tak muat.

    ReplyDelete
  5. waaaa untungaa dapat voucher hahaha . kalau nak harap kita nak p beli mmg dak laa

    ReplyDelete
  6. Cant we change if the size doesnt fit?
    hope u can reply
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure. (I guess mwehehehe)
      Hey why don't you call the customer service. It'll help you a lot :)

      Delete