Friday, January 18, 2013

Sibuk Mengalahkan Perdana Menteri.

Assalamualaikum.

Wei ape motip buat tajuk cenggini? Kau tau ke kerja PM tu camne? Busy dia camne? Busy kau plak camne? Kenapa mesti PM? Kenapa tak orang lain? Ek'eleh dah lama tak update blog lagi mau emo semacam isk isk malas la nak layan...

Oh hai kengkawan. Dah lama jugak aku tak berblogging an. Bukak dashboard ada la, blogwalking sikit sikit je. Pastu sign out. Nak ping entry kat facebook ke apa ke tak sempat nak buat. Tapi der tapi tapi pageviews aku menaik kot setiap hari padahal masa tu aku tak aktif pon. Memangla tak banyak mana tapi bila ada je orang yang baca blog aku, aku terharu tau. Ececece betul ni hee terima kasihhhhh :D

Sebenarnya kesibukan aku takde la banyak mana. Tajuk je yang nak melampau haha. Minggu lepas masa cuti hari sabtu & ahad aku buat homework dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 12 malam tak siap-siap. Haaa habis pagi tu aku buat apa? Choiii bukan baru bangun tido la, aku balut meja belajar masa hari sabtu tu. Dalam 2 jam jugakla buat. Untuk menaikkan semangat belajar kateko.

Beli kat MPH. In love with this! Cantek ken.

Hari ahad gi tuisyen add math ngan Cikgu Arbaiyah. Balek umah terus buat homework. Bangun kejap kejap gi makan, mandi ngan solat tapi kerja tak siap-siap jugak. Masa aku sekarang ni sangat berharga tau. Nak bangun gi buang sampah pon aku rasa buang masa. Baling je la jawabnya. Kalau pro, masok la dalam bakul sampah belakang pintu tu. Kalau tak, nanti nanti je la aku kutip wakakaka.

Kerja tuisyen pon bikin aku stress bro. Tak banyak mana tapi bila dah campor ngan kerja sekolah, memang banyak la kan. Azimah ngan Tiara tak jadi tuisyen situ so tinggal aku, Kakak, Anatasya & Diana. Kitaorang berempat je yang amik aliran sains kat situ. Senang la nak tanya pape sebab fokus kat kitaorang lebih.

Aku juga jadi setiausaha sekarang. Ada tiga;
  • S/U kelas
  • S/U koperasi
  • S/U kelab permainan tradisional

Sebaik aku tak ikut hawa nafsu nak jadi s/u untuk semua hahahaha gila kuasa! Untuk kelab pon dah cukup dah. Eh eh tengok ni tengok ni

Dari Pengerusi sampai Bendahari, semua budak 5 Berlian konker kekekeke. Ehem 'laporan disediakan oleh' hikhik.

So aku dah buat plan biar kepala ni tak berserabut sangat. Jumaat & Sabtu buat homework. Ahad buat kerja tuisyen, kerja kelab dll. Dah lama start sekolah baru nak buat plan ke apa kes?

K la nak gi tuisyen kimia ngan fizik. Jemput la baca blog ni selalu hahahaha babai :)

3 comments :

  1. Same ahh kita permainan yang hampir sama . Tapi aku Permainan dalaman , kau tradisional . Kiranya waktu main kena bersimpuh ahh . Ayu gituu >.<

    ReplyDelete
  2. Salam daripada Zalora Malaysia.

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my sebelum ini? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete