Saturday, January 5, 2013

Perjalanan Bermula!

Assalamualaikum.

Di pagi yang hening seawal jam 8.30 pagi aku telah terpijak tahi kucing di lantai ruang tamu rumah. Cis. Aku suspek yang depa 4 ekor ni sakit perut sebab makan telor mata kerbau semalam la. Tula siapa suruh curi kan? Padan muka sakit perut. Padan muka kat aku balik sebab aku yang kena bersihkan. Mak depa ni tak ajar lagi proses menyahtinja kat dalam bilik air. Mula-mula aku ingatkan nak pura-pura tak tau pastu terus buat homework math. Tapi... tapi... ahhh aku benci perasaan camni.

Aku bersihkan 3 pastu tinggalkan 1 yang cair kat atas kerusi dengan harapan kakak yang bersihkan wahahaha :P Lepas siapkan homework math, aku dengar suara ayah aku berbisik (tak yah nak berbisik sangat ek) 'kakdik kemas umah'. Fine. Lepas habis kemas umah aku gi mandi ngan basuh kasut sekolah. Dan akhirnya dapat jugak aku update entri pertama bagi tahun 2013 yey :D

So entry pertama ni aku nak cite pasal sekolah tahun 2013. SPM tahun ni & tahun last jadi budak sekolah menengah. Dalam kelas aku duduk tengah, bawah kipas. Yes (genggam tangan). Penat dahlah tahun tahun lepas duduk kat bahagian tepi. Silau bhai silau.


Ungu - meja lelaki. Pink - meja perempuan. Merah - gwa punya tempat. Coklat - meja kosong exclude meja guru.

Tahun ni pon kat makmal aku duduk kat meja depan sekali. Siyes der aku jadi fokus dalam kelas. Ngantuk jugaklah sikit sikit pastu mula lah nak start berangan walaupun tengah pandang muka cikgu. Tapi bila terbuat eye contact ngan cikgu, terus tersedar yang aku berada di makmal biologi bukannya di rumah tengah makan roti Baker's Cottage pemberian jiran :')

Oh tahun ni jugak aku gi tuisyen. Kat kuarters polis jugak. Aku, Kakak, Anatasya, Diana, Azimah ngan Tiara. Thanks to me yang jadi tukang promoter tak berbayar hahaha. Sebab nak ada kawan kan. Tuisyen hari khamis ngan Jumaat pukul 8-10. Sebaik dah nak dekat dengan hari minggu. Takdela terkejar-kejar buat homework. Aku tak bole tau kalau buat benda terkejar-kejar ni nanti timbul rasa malas hahaha.

Ok itu je. Aku nak buat nota fizik, nota bio, amali bio, nota pjk, latihan kimia, baca novel bi, baca novel bm, hafal apa yang berkaitan dengan cerpen Pahlawan Buntung. Baiii!

4 comments :

  1. hihihi...rajinnya dia bersihkan poo kucing.pahala tu sis
    anyway selamat belajar ya.

    ReplyDelete
  2. Kau pun good luck untuk ESPIYEMM ! Btw , tuisyen kat aunty ranjit ke ?

    ReplyDelete
  3. Hahah,buat kerja tapi berkira

    ReplyDelete