Thursday, January 24, 2013

Obses.


Assalamualaikum.

Kat Malaysia ni aku paling suka sorang je suara penyanyi lelaki. Memang ramai yang aku minat tapi ada sorang je yang aku betul-betul suka suara dia. Jeng jeng jeng haaa sape??? Eceh tak saspens pon sebenarnya an sebab kat dashboard dah keluar gambar HAZAMA an kehkehkkeh.


- Google Images.

Oraittt sebenarnya bagi aku style rambut juga memainkan peranan yang penting ya. Rambut macam ni aku suka hehe. Kenapa aku suka (obses) suara Hazama? Sebab suara dia boleh nyanyi semua jenis lagu. Pastu bila dia nyanyi, dia nyanyi cara dia. Bila dengar lagu tu dah tau dah ni Hazama. Tak caye? Sudah :P

Ada dua lagu yang aku selalu dengar sebelum tido. Berangan nak tido lena lettew.

 
Menitis air mata dengar lagu ngan suara Hazama ni bhahahaha tipu je. Tapi siyes versi ni best kot.

 
Power seh suara.


Banyak lagi lagu aku suka wei. Lagu dia sendiri aku suka. Lagu yang dia cover aku suka. Lagu dia nyanyi masa live aku suka. Lagu ditukar versi akustik pon aku suka. Eh senang cite sume la aku suka (obses).


Well setiap orang ada minat masing-masing kan. K contohnya antara Hazama, Black ngan Azlan. Ada yang lagi suka Black, ada yang Azlan, ada yang Hazama kan. Tu minat tersendiri. Walaupun kau minat penyanyi tu, takyah la nak kutuk penyanyi lain plak. Macam hape je perangai. Tak kemana pun kutukan tu bro. Okay? 

Now excuse me, I have to sumbat earphone kat telinga sambil dengar lagu Hazama kerana homework membukit di atas meja memanggil-manggil tanpa belas kasihan...

Friday, January 18, 2013

Sibuk Mengalahkan Perdana Menteri.

Assalamualaikum.

Wei ape motip buat tajuk cenggini? Kau tau ke kerja PM tu camne? Busy dia camne? Busy kau plak camne? Kenapa mesti PM? Kenapa tak orang lain? Ek'eleh dah lama tak update blog lagi mau emo semacam isk isk malas la nak layan...

Oh hai kengkawan. Dah lama jugak aku tak berblogging an. Bukak dashboard ada la, blogwalking sikit sikit je. Pastu sign out. Nak ping entry kat facebook ke apa ke tak sempat nak buat. Tapi der tapi tapi pageviews aku menaik kot setiap hari padahal masa tu aku tak aktif pon. Memangla tak banyak mana tapi bila ada je orang yang baca blog aku, aku terharu tau. Ececece betul ni hee terima kasihhhhh :D

Sebenarnya kesibukan aku takde la banyak mana. Tajuk je yang nak melampau haha. Minggu lepas masa cuti hari sabtu & ahad aku buat homework dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 12 malam tak siap-siap. Haaa habis pagi tu aku buat apa? Choiii bukan baru bangun tido la, aku balut meja belajar masa hari sabtu tu. Dalam 2 jam jugakla buat. Untuk menaikkan semangat belajar kateko.

Beli kat MPH. In love with this! Cantek ken.

Hari ahad gi tuisyen add math ngan Cikgu Arbaiyah. Balek umah terus buat homework. Bangun kejap kejap gi makan, mandi ngan solat tapi kerja tak siap-siap jugak. Masa aku sekarang ni sangat berharga tau. Nak bangun gi buang sampah pon aku rasa buang masa. Baling je la jawabnya. Kalau pro, masok la dalam bakul sampah belakang pintu tu. Kalau tak, nanti nanti je la aku kutip wakakaka.

Kerja tuisyen pon bikin aku stress bro. Tak banyak mana tapi bila dah campor ngan kerja sekolah, memang banyak la kan. Azimah ngan Tiara tak jadi tuisyen situ so tinggal aku, Kakak, Anatasya & Diana. Kitaorang berempat je yang amik aliran sains kat situ. Senang la nak tanya pape sebab fokus kat kitaorang lebih.

Aku juga jadi setiausaha sekarang. Ada tiga;
  • S/U kelas
  • S/U koperasi
  • S/U kelab permainan tradisional

Sebaik aku tak ikut hawa nafsu nak jadi s/u untuk semua hahahaha gila kuasa! Untuk kelab pon dah cukup dah. Eh eh tengok ni tengok ni

Dari Pengerusi sampai Bendahari, semua budak 5 Berlian konker kekekeke. Ehem 'laporan disediakan oleh' hikhik.

So aku dah buat plan biar kepala ni tak berserabut sangat. Jumaat & Sabtu buat homework. Ahad buat kerja tuisyen, kerja kelab dll. Dah lama start sekolah baru nak buat plan ke apa kes?

K la nak gi tuisyen kimia ngan fizik. Jemput la baca blog ni selalu hahahaha babai :)

Saturday, January 5, 2013

Perjalanan Bermula!

Assalamualaikum.

Di pagi yang hening seawal jam 8.30 pagi aku telah terpijak tahi kucing di lantai ruang tamu rumah. Cis. Aku suspek yang depa 4 ekor ni sakit perut sebab makan telor mata kerbau semalam la. Tula siapa suruh curi kan? Padan muka sakit perut. Padan muka kat aku balik sebab aku yang kena bersihkan. Mak depa ni tak ajar lagi proses menyahtinja kat dalam bilik air. Mula-mula aku ingatkan nak pura-pura tak tau pastu terus buat homework math. Tapi... tapi... ahhh aku benci perasaan camni.

Aku bersihkan 3 pastu tinggalkan 1 yang cair kat atas kerusi dengan harapan kakak yang bersihkan wahahaha :P Lepas siapkan homework math, aku dengar suara ayah aku berbisik (tak yah nak berbisik sangat ek) 'kakdik kemas umah'. Fine. Lepas habis kemas umah aku gi mandi ngan basuh kasut sekolah. Dan akhirnya dapat jugak aku update entri pertama bagi tahun 2013 yey :D

So entry pertama ni aku nak cite pasal sekolah tahun 2013. SPM tahun ni & tahun last jadi budak sekolah menengah. Dalam kelas aku duduk tengah, bawah kipas. Yes (genggam tangan). Penat dahlah tahun tahun lepas duduk kat bahagian tepi. Silau bhai silau.


Ungu - meja lelaki. Pink - meja perempuan. Merah - gwa punya tempat. Coklat - meja kosong exclude meja guru.

Tahun ni pon kat makmal aku duduk kat meja depan sekali. Siyes der aku jadi fokus dalam kelas. Ngantuk jugaklah sikit sikit pastu mula lah nak start berangan walaupun tengah pandang muka cikgu. Tapi bila terbuat eye contact ngan cikgu, terus tersedar yang aku berada di makmal biologi bukannya di rumah tengah makan roti Baker's Cottage pemberian jiran :')

Oh tahun ni jugak aku gi tuisyen. Kat kuarters polis jugak. Aku, Kakak, Anatasya, Diana, Azimah ngan Tiara. Thanks to me yang jadi tukang promoter tak berbayar hahaha. Sebab nak ada kawan kan. Tuisyen hari khamis ngan Jumaat pukul 8-10. Sebaik dah nak dekat dengan hari minggu. Takdela terkejar-kejar buat homework. Aku tak bole tau kalau buat benda terkejar-kejar ni nanti timbul rasa malas hahaha.

Ok itu je. Aku nak buat nota fizik, nota bio, amali bio, nota pjk, latihan kimia, baca novel bi, baca novel bm, hafal apa yang berkaitan dengan cerpen Pahlawan Buntung. Baiii!