Friday, December 14, 2012

Suka Makan?

Assalamualaikum.


Kecewa bhai Malaysia kalah semalam. Dengan Fadhli Shas dapat kad merah lagi. Takpelah. Semua dah buat yang terbaik. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan? Positif ok positif. Anyway kalau kecewa, marah, stress atau sedih, apa benda yang kita boleh buat untuk hilangkan benda tu? Yes... makan! Bercakap pasal makan, aku nak bagitau makanan ringan yang aku suka :D

So tell me ada ke girls yang tak suka makan coklat? Tak suka sebab takut naik jerawat? Sangat tidak rock kekekeke. Aku suka gila kot makan coklat. Lepas makan nasi, makan coklat sebaris. Ala-ala desserts gitu.

Favourite Chocolate: Dove, Cadbury, Vochelle

Coklat Cadburry tu Ustazah bagi masa pertengahan tahun haritu. Hadiah sebab markah agama lebih 80%. Aku suka perisa ni ngan Blackforest. Ferrero Rocher tu plak nenek belah abah bagi. Perisa original je sedap :)

Aku juga suka mengunyah biskut raya. Kat umah ni ada lagi haa berbalang biskut raya yang tak habis lagi. Tapi tak sedap ah. Jarang kot jumpa yang beli tu rasa dia sedap. Kalau yang tempah tu baru la dapat yang sedap.

Favourite Biskut Raya: Cornflakes Madu/Coklat, Coklat Chip, Almond Snow

Cornflakes madu ni buat masa hari raya haritu. Buat ngan cousins. Buat banyak tapi tak letak dalam balang kuih raya untuk bagi kat tetamu yang datang raya pon. Sebabnya kan... benda ni sedap giler dan kami kedekut haha!

Aku tak suka sangat makan gula-gula. Tapi gula-gula yang dalam dia ada coklat aku suka. Benda alah camni an selalu ada dalam beg aku. Gi jalan-jalan pastu tengok dalam beg, 'eh ada gula-gula ah' terus makan wahahaha.

Favourite Candies: M&M's, Smarties, Choclairs

Susah wei nak dapat gula-gula ni sekarang. Ni pon jumpa kat kampong. Favourite aku masa kecik ni. Banyak yang tiruan tapi tetap takleh tanding Smarties derr :D


Aku suka mengunyah kan. Kalau takde benda langsung kat umah ni, aku kunyah ais kehkeh. So untuk elakkan kunyah ais, biskut tu mesti ada. Disebabkan aku suka makanan yang bercoklat, biskut pon aku suka makan yang ada coklat.

Favourite Cookies: Chipsmore, Muzic, Captain Munch

Beli Famous Amos ni masa jaga nenek kat hospital. Rasa dia biasa je. Nak kata sedap sangat tu taklah. Tapi bolehlah. Chipsmore lagi sedap kot :)

Banyak lagi gambar makanan ringan ni kat folder. Dari dulu lagi, lepas beli je, amik gambar makanan tu. Macam tau-tau je yang aku nak update kat blog hehe.

8 comments :

  1. aku suke famous amos..sbb dia rase pahit2 sket...terpulang pade tekak masing2...kl semua tekak sama...lingkup la produk yg 1 lagi...

    ReplyDelete
  2. jerawat ke tak, chocolate come to mama.. :D

    ReplyDelete
  3. emy pun suke mam biskut cornflakes tu..dap2..law gi berye msti berebut ngn bf..malu ngn org hehehehe..emy dh follow awk syg..cutiest blog :)

    ReplyDelete
  4. suka entry ni!!!
    famous amos tu mmg terbaik.. klu kat area Alamanda tu..
    bila nak pergi surau jerk, pasti akan terbau haruman menggoda dr kedai tu..huhu
    btw, i follow ur blog.. :)

    ReplyDelete
  5. Suke bebeno makan mende manis iye? Hahaha. Kencing manis nanti.

    ReplyDelete