Friday, December 21, 2012

Study Tips: Nota Lipat.


Assalamualaikum.


Result PMR dah keluar dah. Ada sorang ni an menangis sebab target dia jauh tersasar. Tu lah kenapa tak baca blog aku. Kan aku dah gitau jangan target lebih-lebih tapi kau degil tak nak bukak link yang aku dah bagi kat FB hahahaha. Takpe ah dah rezeki camtu nak buat camne lagi ye dok. 

Wei wei wei aku nak SPM kot tahun depan. Aku kena study awal ni. Kena buat perancangan selain merancang nak menabung tahun depan. Hahaha setiap tahun tu je ah azam aku. Nak menabung menabung menabung tapi habok pon takdak. Ehem so aku ingat nak study setiap hari sebelum tido. At least satu subtopik pon jadi lah kan. Tapi aku malas selak buku rujukan sebab tebal nak mamp pastu terus tak jadi nak study.

Jadi aku pikir nak buat nota sendiri. Nota sendiri lebih menarik sebab tulisan aku kemas (haktuih ludah ke tepi) & aku suka guna highlight warna-warni baru la nampak menarik. Aku pon cari la kertas untuk aku buat nota ni. Pastu aku jumpa buku tulis garis-garis yang dah tak guna lagi.

Haaa 10 buah kau. Camne aku nak buat nota menarik ngan buku-buku ni? Takkanlah aku nak tampal gambar aku kat setiap nota atau lekatkan bintang-bintang yang dalam balang tu semata-mata nak buat nota jadi menarik? Tapi terus tersedar yang gambar aku tidak menarik pon :')

Sekali lagi persoalan muncul, CAMNE AKU NAK BUAT NOTA MENARIK NGAN BUKU-BUKU NI? Tetiba teringat Cikgu Arbaiyah, Cikgu Math yang comel & sporting giler selalu bagi nota lipat kalau nak dekat-dekat pekse. Bolehlah aku reuse kertas ni untuk jadi nota lipat.

Nota lipat tu mende? Nota lipat tu nota yang dilipat-lipat cam Randy Orton lipat kaki CM Punk wakakakaka kantoi layan WWE. Adik aku selalu tengok benda alah ni so aku tengok la kejap. Takdelah. Nota lipat tu kertas yang dilipat pastu buat tuk tulis nota dengan ringkas. Cara nak buat dia senang je. Meh meh aku tunjukkan.

Mula-mula, sediakan bahan-bahan mengikut suka hati dan tangan anda. Kemudian susun bahan-bahan dengan cantik seperti menyediakan hidangan dalam Masterchef. Untuk menghasilkan sesuatu dengan lebih kemas, peralatan menulis perlulah lebih daripada 3 jenis. Tambah pembaris untuk efek yang lebih teratur dan memikat selera untuk membaca nota-nota ini kelak.

Memandangkan aku nak buat nota Matematik, aku lipat kertas tu jadi dua memanjang macam gambar kat atas. Nota lipat ni sesuai untuk jenis yang guna formula. Kalau untuk bio atau sejarah tak muat der. Tu sesuai buat nota guna peta minda, air Mirinda atau Miranda Cosgrove.

Teruskan usaha ok. Baru nak sambung Bab 3 ni. Steady steady kalau sakit pinggang ke sakit bahu ke mungkin hantu duduk tu haha. Untuk itu bolehlah sambil-sambil tu berzikir ke ikut sama zikir-zikir Hafiz Hamidun ke free free pahala dapat kan, hati pun tenang.

 Tadaa dah siap dah. Aku suka nota yang kemas tapi agak berserabut. Kalau nota senang sangat, nanti bila baca automatik akan rasa 'senang je ni senang je.' Kalau nota dia anak panah sana sini, barulah bila baca nanti otak berpikir sikit. Ikut diri masing-masing la. Ada jugak yang kalau nota jenis berserabut, dia tensen terus bukak buku teks...


Nota math ni aku buat satu kaler je. Senang nak bezakan nanti dengan nota fizik hahahaha bengong. Boleh tukar-tukar ngan kawan pastu fotostat. Weh kengkawan kelas, buat ah nota bio ke kimia ke fizik ke pastu bagi kat aku. Aku tau cam tak adil sebab nota aku 4 helai kertas je kekekeke tapi bolehlah bolehlah.

Aku rasa cam tak layak je nak bagi study tips hehe. Tapi takpe. Sharing is caring. Ilmu kena kongsi-kongsi kan. Bukannya berkurang pon. Ada kau dengar kita kongsi ilmu pastu besoknya ilmu tu hilang? Takde an? Kita bagi harini, nanti-nanti kita dapat ilmu lain plak. Tak gitu? Haaa apa lagi share ah plak tips korang hehehehe :D

12 comments :

  1. cari lipatan tu..

    sebijik macam kakak sedara saya buat, ahaha nice tips tho ;)

    ReplyDelete
  2. Selalu buad mcm ni, tp buad jela, baca tidak. Hahaha,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasanah : same here :)

      Delete
  3. Wahh~ Bagus tips kau nihh . Akan aku buat dengan pen warna-warni yang berlambak nihh :)

    ReplyDelete
  4. ada tips exam dri saya kat blog saya bhgian ttorial

    ReplyDelete
  5. Tahun depan SPM ? WAA KITE SAME LAA ^^ Nota lipat ? Selalu buat sampai lunyai nota tu Faie kerjakan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ahhh SPM. Cuak gak ni hehehe. Takpela lunyai tu tanda selalu baca an an an :D

      Delete
    2. eak....tp kt campus,pls ubah cara wt nota k...cara ni bagus...tp pls,ada lg bagus,mnarik dan mudah dlm cara bljr

      Delete
    3. I still use the same method on making notes. I'm on my final semester already. Yes bro I know so much methods available out there but there's nothing wrong with this one I guess. I survive je? ;)

      Delete
  6. waa,best gak kalau buat nota kecik camtu! Areim nak try la. Dua tahun lagi nak SPM.hoho

    ReplyDelete
  7. this method is really good. i did it for my pmr and spm.

    ReplyDelete