Wednesday, December 12, 2012

Semangat Menjelang Esok!

Assalamualaikum.

2 minggu kat kampung tu ada jugak aktiviti yang aku buat. Gi Plaza GM kat KL, main bowling dapat no.3, main explorace dapat no.3, gi steamboat kat BBQ Land pastu makan aiskrim sampai 3 cawan, jaga nenek kat hospital 3 kali. Aku tak tau kenapa perlu ada kena mengena ngan nombor 3...


Lepas balik dari kampung, duduk umah je la aku ni haa. Ayah aku tak start cuti lagi. So, kebanyakan masa aku dihabiskan depan komputer. Baca novel pon baca secara online. Pastu tengok movie terbaru kat Youtube. Dah bosan, bukak Google pastu stalk pemain bola wahahahaha.

Stalk punya stalk pastu aku terjumpa gambar pemain Harimau Malaya untuk AFF Suzuki Cup 2012 kat page Bolasepak Malaysia! Terus download derr hahaha. Aku sangat excited sebab gambar muka dorang besar pastu kualiti gambar cantik. Dahtu, kesemua pemain ada plak tu. 


Comelnya Bunyamin senyum, macho giler Aidil, manisnya muka Baddrol, wahhh senyuman Fadhli, blablablabla sambung sendiri bhahahaha.

Aku tulis nombor jersi je. Malas punya pasal. Bolehlah selalu aku tatap muka dorang lepas ini hikhik. Boleh jugak cari pemain untuk tulis dalam OLEMIRA. Tapi OLEMIRA baru je buat. Memandangkan aku takde kerja tadi, aku gunalah muka dorang ni untuk buat penanda buku.


Bolehlah ni takat-takat nak selit kat novel je. Tiap kali bukak novel, dua minit diperlukan untuk dok perhati muka dorang kekekeke.

Eh ada tengok tak padang latihan kat Thailand untuk pemain Harimau Malaya cemane? Pergh bikin panas bhai. Lu main cara busuk kenapa. Dengan takde bilik persalinan lagi. Takpe. Takpe. Pemain kita tak gentar pon. Patutnya dorang yang takut sebab;

" Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah "     -(riwayat Al-Bukhari)

Mari kita doakan kemenangan untuk Malaysia okay! ^_^

3 comments :

  1. sedih malaysia kalah.. tp bangaa tgk diorg main.. blogwalking here. haiii :)

    ReplyDelete
  2. wahh semua muka ada.. hoho xpela rezeki xde kali ni utk malaysia. harap masa dpn ada peluang lg.

    ReplyDelete