Saturday, December 22, 2012

OLEMIRA: Triple F.


Assalamualaikum.

Hi terkezut tak aku kerap update sekarang hehehehe. Ada masa update la. Nanti kang kalau dah sibuk, rindu-rindu nak update blog boleh baca entry sendiri. Niat asal aku buat blog ni memang untuk diri sendiri. Pastu baru nak share cerita aku bagi orang baca. So tak salah kan kalau aku tersengih sorang sorang baca blog sendiri sambil makan Kit Kat Chunky sebab tu memang first intention aku :)

Ni jugak salah Astro Arena buat aku kerap update sebab tak siarkan Asian Champions Trophy Doha. Hoki ni bro dah lama aku tak tengok hoki ni. Mula-mula lu cakap ada live gwa dah excited sampai dah plan nak konker remote sebelum Maharaja Lawak Mega start lagi pastu lu kata ada problem teknikal dari penganjur terus dah takde live. Tapi gwa tak marah lah sebab manusia cuma merancang tetapi Allah yang menentukan jadi gwa redha.

Benda yang paling mencabar kalau nak buat OLEMIRA ni ialah masa nak cari gambar. Aku friends ngan budak hoki kat FB so bolehlah nak mintak izin pinjam gambar dorang letak kat blog ni. Tapi aku tak nak buat camtu sebab nanti dorang tahu aku update pasal dorang lantas traffic blog aku naik mendadak -___- Aku rasa aku dah banyak terbabas dah ni. So kita sambung pasal pemain-pemain hoki yang bermula dengan huruf F!


Faizal Saari

 -Google Images.

Kalau kau tengok bola mengharapkan keajaiban Safee Sali, kau tengok hoki akan kagum dengan Faizal Saari. Penyerang berbisa negara. Dalam surat khabar selalu tulis camtu hehe.

Fitri Saari

- Google Images.


Pelik tak nama dorang sama? Dorang adik-beradik. Yang atas abang. Ni takkan pakcik plak, adik la. Adik pass bola, abang golkan. Smart an.

Firhan Ashaari

-Google Images.


Eh nama dia pon nak dekat sama. Adakah mereka sepupu sepapat? Aku pon tak tau sebab dorang bertiga main tuk team Terengganu. Tapi aku rasa tak kot. Dia juga terel jaringkan gol.

Kalau buat pasal bola, huraian aku panjang-panjang. Kalau hoki pendek-pendek je. Perasan tak? Tak perasan? Tak baca lah tu hahahaha. Sebab hoki dorang main laju, tak sempat der nak ushar lame lame pemain dia. Btw, goodluck untuk 
Asian Champions Trophy Doha ni. Malaysia Boleh!

3 comments :

  1. Pernah juga tengok game hoki ni, tapi tak kenal players nya hehe.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Minat tengok je main tak reti hehehehe :P

      Delete