Sunday, December 9, 2012

Kampong Changkat.

Assalamualaikum.

Kampong aku kan kat Gombak. SIAPA yang cakap kampong aku tu kampong orang asli, sukati korang lah. Apa engko ingat Gombak ni kecik ke. Engko punya suka la nak ejek ke apa ke, yang penting aku bangga dengan kampong aku ni. 

Hehe sorry der pendahuluan yang agak beremosi. Ok. Ghumah kat Kampong Changkat ni selalu jugak orang datang berlakon. Kalau perasan, cite Gerak Khas, Mia Oh Mia, Diari Ramadhan Rafique ada berlakon sini. Kali ni aku nak perkenalkan kampong belah mak aku. Tapi bahagian luar je la iaitu halaman kampong ku yang terchenta :D

Kalau dari jalan raya, camni ah ghupe rumahnya. 


Tempat lepaks sambil makan buah-buahan.


Pandangan dari tepi. Rumah ni boleh tahan besar la. Sampai nak berjalan pon malas bhahahaha.

Luas giler halaman ni. Main bola tampar memang best der. Pakai bola budak-budak tu je senang nak tampar. Pakcik makcik pon sporting join main sama.


Rambutan merah. Selain tu kat kampong ni ada pokok rambutan kuning, manggis, mangga, jambu air, durian, cempedak, nangka, kelapa dan pokok-pokok lain yang aku tak tau nama dia teehee.


Kawasan belakang rumah. Ada reban ayam.

Ni laluan nak ke bawah. Rumah kat bawah tu rumah pakcik. Belah kiri tu semak. Belah kanan tu tanah tanaman pokok-pokok.

Aku suka kampong aku ni. Rasa macam aman je bila rehat sambil baca novel :)

No comments :

Post a Comment