Saturday, December 1, 2012

Jaga Nenek.

Assalamualaikum.

Nenek aku ada penyakit buah pinggang tau. So setiap hari Selasa, Khamis ngan Sabtu dia kena gi Hospital untuk buat dialysis. 4 jam wei untuk cuci darah. Kat situ orang tua ada, baya-baya mak ayah aku ada, budak-budak pon ada. Nenek aku mungkin cara pemakanan dia dulu tak elok. Ada sorang pakcik ni sebab suka minum Air Coke je rosak buah pinggang dia bhai. Siapa sangka an?

Kalau cuti-cuti camni, aku, kakak ngan sepupu aku jaga nenek aku kat hospital. Kadang-kadang kitaorang, kadang-kadang mak kitaorang. Mungkin orang lain ingat cam bosan an, tapi bagi gadis-gadis jiwa muda macam kami, tak bosan bro tak bosan wahahahaha :D


Hospital Pakar Ampang Puteri. -Google Images.

Dah sampai pukul 12 lebih camtu pastu gi bilik hemodialisis kat tingkat 1. Kena tunggu dulu sampai nurse panggil.

Ruangan menunggu. Masa ni aku sengsorang. Lama aku tunggu detik ni semata-mata nak amik gambar haha!

Lepas nurse panggil, dah boleh masuk dalam. Bagi nenek makan tapi selalunya Nadia je yang suapkan nenek hehehehe.


Sambil tunggu nenek makan tu, gi surau untuk Solat Zohor. Surau dia an selesa & kemas. Telekung pon gantung kat hanger
.
Nenek dah makan. Solat pon dah. Oraittt. Next... Ampang Point bebehhh! Ekekekeke.


Ampang Point. -Google Images.

Tempat ni kalau nak jalan-jalan tapi kejap je takut kalau lama lama kang, nenek tetiba pening, kira cun sangat ah tempat ni wahahahaha. Aku an suka gi sini sebab...


Popular! Yeah, usyar novel je. Bukannya beli pon. Window shopping gitu hahahaha.

Setelah kecewa nak beli novel tapi duit lebih tak bawak, kitaorang gi beli aiskrim McD atau Each A Cup. Silap percaturan der ambik straw kecik tapi ada pearl dalam air Each A Cup. Tersangkut je memanjang. Tensen nak minum. Dah penat jalan pastu gi makan kat kantin hospital. Makanan kat kantin sedap, serius kenyang gila lepas makan.


Teh O ais limau ngan nasi goreng USA. Kalau nak nasi goreng, dalam pukul 2 camtu baru ada. Aku pernah makan nasi goreng kampung, udang ngan USA. Pastu letak sambal belacan. Oh indahnya~

Pukul 3 gilir-gilir jaga nenek kat dalam. Sorang dalam setengah jam. Aku selalu baca novel, tengok video MatLuthfi & Jozan, bukak FB, jawab soalan kat ask.fm, update blog. Wifi free kan, online la kehkeh.

Dalam 4 lebih kitaorang pon balik. Okay. Camni je la rutin kitaorang kalau jaga nenek. Bola malam ni. Go Harimau Malaya! Go Malaysia!!!

4 comments :

  1. Untung nenek kau . Cucu rajin menjaga . Untunglahh bakal keluarga mertua nanti . Haha :D

    ReplyDelete
  2. ni jage nenek ke jalan2?? hahaha

    *jage org sakit ni bgus sbb ingatkn kte psal kematian...

    ReplyDelete