Wednesday, December 19, 2012

Hobi Terbaru.


Assalamualaikum.

Hobi adalah benda yang kita suka buat kan? So hobi terbaru aku sekarang, aku suka tengok movie sampai pukul 2-3 pagi. Best giler kot layan movie sengsorang. Aku kureng sikit tengok cite omputih tapi cite macam The Avengers, Captain America, The Losers, Fantastic 4 aku suka jugak tengok. Pergh semua nak yang ada Chris Evans je bhahahaha. Anyway baru-baru ni aku selalu tengok movie kat Astro Citra.

Aku dah lama tak layan movie sebab asyik tengok bola ngan hoki je. Kalau takde match, aku tak tengok tv. Rindu jugak nak kunyah kacang gajus ngan kacang pistachio sambil duduk lama-lama depan tv. Mau nak tercekik kang kalau tetiba detik cemas nak nak kalau pasukan Malaysia yang nak sumbatkan gol. Fuhhh berdebar siot.

Aku start buang tabiat ni sebab nak tengok cite Ayat Ayat Cinta. Aku tak pernah langsung kot tengok cite tu sebelum ni. Bukannya apa, ego aku kan tinggi. Segan ah nanti nanges nanges kekekeke. Memandangkan malam semua orang dalam umah ni dah tido, aku tengok movie sengsorang.

Ayat Ayat Cinta (sedih) - Bergenang air mata masa part dia nak solat dalam penjara tu. Ada jugak rasa geram masa laki tu kena fitnah. Tu je kot. Yang lain aku tengok cam takde perasaan je kahkahkah.

King Of Beggars (kelakar) - Sumpah lawak giler cite ni. Cam bangang bangang tapi aku suka :D Tambah tambah Stephen Chow plak tu yang berlakon. Kalau kau tak gelak tengok cite ni, aku tak tau ah stress kau dah tahap mana sampai takde perasaan geli hati.

Kubur Tak Bertanda (seram) - Sebelum nak tengok ni aku cuak gak. Dah ah kat Mustika HD. Tetiba benda saspen keluar nanti camne. Aku tengok sambil tutup mulut ngan bantal nak tengok dengan senyap-senyap punya pasal. Tak seram sangat ah cite ni sebab hantu perempuan dia cantik haha.

Setakat ni aku banyak tengok cite kelakar. Cite seram baru satu. Tak berani lagi ah nak tengok cite hantu Thailand tengah malam sengsorang. Menggigil kot takleh tido nanti sebab hantu Thailand kan suka merangkak. Kang aku terbayang-bayang sebelum tido kang susah.


Scene dalam cite King Of Beggars. Start dari dia angkat berat ni sampai dia nak habiskan ujian, aku gelak tak henti-henti bhai :D

Malam ni cite Hantu Dalam Botol Kicap (Citra) & Suatu Malam Kubur Berasap (Mustika HD) Eeee macam tak best je hahaha. Takpe ah kalau malas nak tengok, boleh aku buat cite dalam imaginasi sendiri eh eh ok bye!

2 comments :

  1. Replies
    1. Baca novel. Tapi lepas aku bukak novel je, aku nampak penanda buku gambar pemain Harimau Malaya an, aku rasa malas nak baca hahahahaha :P

      Delete