Tuesday, December 18, 2012

Barang-barang Keperluan Bukan Kemahuan.


Assalamualaikum.

Besok dah keluar result PMR. Adik-adik batch '97, good luck okay :) Watlek je. Jangan cuak sangat sampai makan pon tak selera, tidor pon tak lena, mandi pon tak basah. Over la kalau camtu. Pandai-pandai target rasa dapat berapa. Kalau boleh, jangan target lebih-lebih padahal hati tak yakin. Macam akak korang ni dulu rasa-rasa dapat 7A 1B dan yang B tu sejarah. Dan benda tu betul tau :) Allah dah rancang semua ni so stay positive bebehhh! 

Ok cuti tinggal beberapa hari je lagi. Barang-barang sekolah semua dah beli. Tinggal botol air je belum beli. Aku tengah gigih mencari botol air warna coklat. Sebab beg ngan jam warna coklat so botol air pon nak warna coklat hihihihi. Stress je aku tengok botol air warna biru, tali botol air plak warna oren, kang beg sekolah warna merah, jam tangan G-Shock warna-warni. Colour block habes kau.

Aku nak share botol air, beg & jam tangan yang akan aku pakai tahun depan. Selalunya botol air budak perempuan yang selalu bawak. Budak lelaki jarang bawak pastu minum air pon kongsi-kongsi eeew. Beli je lah air mineral seringgit kot ye pon. Tapi kalau rasa membazir, bawaklah botol air.
Siyes beb lawa-lawa botol air jenama BROS ni kan.

Aku beli beg simple je untuk tahun depan. Sebab tahun ni aku pakai beg yang kena cangkuk-cangkuk bagai. Lembap kau tahu. Dah ah beg tu senget. Jadinya aku pakai beg tu dalam 4-5 bulan je. Pastu bulan-bulan seterusnya aku pakai beg jenis yang keluar untuk gi jenjalan. Dapat isi buku sikit je. Maka, buku teks aku selalu tak bawak. Rasa cam tak layak duduk dalam kelas Sains tapi tak bawak buku teks kehkeh :P
Aku rasa beg aku tiruan je wakakaka. Tak kesahlah. Asal ada tanda 'right' tu kira lepaslah kehkehkeh. (Beg sebenar tiada dalam gambar)


Selama ni aku pakai jam yang nampak keperempuanan sikit. Tahun depan nak menunjukkan yang aku ni senior dan tak mudah dibuli *tetiba* aku pakai jam macam yang nampak rock hahahaha. Takdelah aku tak pernah pon kena buli.

www.icewatch.com
Aku punya lebih kurang yang nombor 3 tu.


Rasa macam tak sabar plak nak start sekolah. Eh padahal baju kurung ngan kain mak belum jahit lagi. So chill dulu. Lagi satu, tudung sekolah aku yang baru beli agak senteng kat bahagian belakang. Saiz M sama je ngan tudung tahun-tahun lepas. Kali ni beli macam pendek sikit. Aku tak cuba dulu masa kat kedai tu sebab jahitan dia muat masuk segenggam tangan aku je. 

Saya berharap agar cikgu disiplin, Cikgu Selva atau Cikgu Zainab membaca entry ini dan memahami keadaan yang berlaku ke atas diri saya. Hahahaha macam gampang aku ni.

7 comments :

  1. beli brg sekolah mahal2 takpe, tp dgn syarat pkai lg untuk tahun sterusnya... hahaha.. stresskn..

    ReplyDelete
  2. Habis Cikgu Selva pun masuk story nihh . Btw , cantik ouhh jam tuhh :)

    ReplyDelete
  3. Wow-2 lawanya . Hoho :D Btw i follow your blog :)

    ReplyDelete
  4. Ms pun ada satu botol dari bros ni ehm design dia cantik giler

    ReplyDelete
  5. semangat nak gi sekolah..bagus2..mcm lyeen ni dah 3 tahun meninggalkan alam sekolah..sedih..rindu nak sekolah balekkk!

    ReplyDelete
  6. beg tu buat kita tengok tak puas :D

    ReplyDelete