Monday, December 31, 2012

4 Perkara Sebelum Tidur.


Assalamualaikum :)

Beberapa hari lepas aku baca info ni kat FB. First time seh baca. Benda baik apa salahnya ikut kan. Besok dah tahun baru dah so bolehlah praktikkan untuk sepanjang tahun depan. 


4 perkara sebelum tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah r.a:
" Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
  • Sebelum khatam Al-Quran.
  • Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.
  • Sebelum para muslimin meredhaimu.
  • Sebelum kau melaksanakan haji dan umrah. "

Bertanya Saidatina Aisyah r.a:
" Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda:
" Jika engkau hendak tidur, bacalah:
  • Surah Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-Quran.
  • Selepas itu bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  • Beristighfarlah untuk para muslimin, mereka akan meredhai kamu.
  • Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. "

4 comments :

  1. surah al-ikhlas 3 kali , basmalah 21 kali , dan al-mulk , insyaallah tidoq lenaaa :D

    ReplyDelete
  2. pengisian terbaik pada tahun baru ni :)

    ReplyDelete
  3. Info yang sgt bagus..tq sudi share perkara yg banyak faedahnyeee..:)

    ReplyDelete