Wednesday, November 21, 2012

Class Banquet.


Assalamualaikum.

Kebelakangan ni aku agak busy dan hangin je sebab uruskan pasal jamuan kelas. Serius oh. Aku minta pendapat, jawapan dorang main-main. Suruh bagitau siapa yang konfem ke tak sebelum hari Isnin, ada yang tak bagitau. Jawabnya memang habis kredit aku RM10 mesej dorang. Sikit je la yang tak bagi kerjasama, yang lain thumbs up eh korang! Dan yang tolong aku tu, terima kasih ea :D

Jamuan ni kitaorang buat semalam kat Domino Sungai Besi. Masa hari Isnin tu dah gi dah kat tempat tu pergi booking ngan Cikgu Arbaiyah. Oklah. Walaupun macam kecik sikit tapi muatlah untuk 28 orang. Tapi sorry ek geng, jamuan pukul 2 tapi pukul 2.30 baru aku sampai. Tu pun nasib baik jumpa Fatin Nabila, mak dia hantarkan. Weeee.

Masuk kedai pastu order guna kad voucher. Diskaun lebih RM100 tau. RM100 bro! Order perisa ngan Cikgu Arbaiyah. Pastu tambah chicken wings ngan air. Lepas order, gi Secret Recipe nak beli kek ngan Cikgu. Alaaa dekat je pon, deret kedai tu jugak.

Kek Secret Recipe perisa Choc Cheese Berries sedap gila beb! Harga kek RM82. Cikgu kelas tak datang tapi dia sponsor RM70. Yang lebih tu guna duit kitaorang.

So korang, jamuan ni ok tak? Maaflah yer kalau ada kekurangan. Tak kuasa aku nak buat lebih-lebih bhahaha. Sorang bayar RM9 tu kira ok la kan. Tapi lepas jamuan bila dah sampai rumah, komfem lapar balek. Nak buat cemane, dah nama pon fast food.

*Aku padam beberapa gambar. Sebab tu entry jadi pendek...dan tak best haha!

No comments :

Post a Comment