Saturday, November 24, 2012

Do You Remember?

Assalamualaikum.

Do you remember? The moments?

SEA Games 2009

- Google Images.

AFF Suzuki Cup 2010

- Google Images.

SEA Games 2011

- Google Images.


Yes, we won. Malaysia won. Gold. Gold. Gold. Victory. Pride. Dignity. We won.

But...

AFF Suzuki Cup 2012?

- Facebook: HarimauMalaya

MALAYSIA BOLEH !!!


In Shaa Allah, if Allah wills. In K.Rajagopal we trust. Through the players, the expectations placed. With Doa, victory is beside us.

Wednesday, November 21, 2012

Class Banquet.


Assalamualaikum.

Kebelakangan ni aku agak busy dan hangin je sebab uruskan pasal jamuan kelas. Serius oh. Aku minta pendapat, jawapan dorang main-main. Suruh bagitau siapa yang konfem ke tak sebelum hari Isnin, ada yang tak bagitau. Jawabnya memang habis kredit aku RM10 mesej dorang. Sikit je la yang tak bagi kerjasama, yang lain thumbs up eh korang! Dan yang tolong aku tu, terima kasih ea :D

Jamuan ni kitaorang buat semalam kat Domino Sungai Besi. Masa hari Isnin tu dah gi dah kat tempat tu pergi booking ngan Cikgu Arbaiyah. Oklah. Walaupun macam kecik sikit tapi muatlah untuk 28 orang. Tapi sorry ek geng, jamuan pukul 2 tapi pukul 2.30 baru aku sampai. Tu pun nasib baik jumpa Fatin Nabila, mak dia hantarkan. Weeee.

Masuk kedai pastu order guna kad voucher. Diskaun lebih RM100 tau. RM100 bro! Order perisa ngan Cikgu Arbaiyah. Pastu tambah chicken wings ngan air. Lepas order, gi Secret Recipe nak beli kek ngan Cikgu. Alaaa dekat je pon, deret kedai tu jugak.

Kek Secret Recipe perisa Choc Cheese Berries sedap gila beb! Harga kek RM82. Cikgu kelas tak datang tapi dia sponsor RM70. Yang lebih tu guna duit kitaorang.

So korang, jamuan ni ok tak? Maaflah yer kalau ada kekurangan. Tak kuasa aku nak buat lebih-lebih bhahaha. Sorang bayar RM9 tu kira ok la kan. Tapi lepas jamuan bila dah sampai rumah, komfem lapar balek. Nak buat cemane, dah nama pon fast food.

*Aku padam beberapa gambar. Sebab tu entry jadi pendek...dan tak best haha!

Wednesday, November 14, 2012

OLEMIRA: First Noticed.

Assalamualaikum.

Haritu bola Malaysia lawan Thailand tak menaikkan semangat aku nak buat OLEMIRA. Harap-haraplah malam ni game best, ok? Petang ni plak ada perlawanan hoki Piala Sultan Johor. Aku memang suka tengok game hoki selain bola. Boleh baca di sidebar sebelah kalau nak tau bila aku start minat tengok hoki :)

Dulu aku buat OLEMIRA ni untuk pemain bola je. Sekarang pemain hoki pun aku nak buat jugak. Sukati I la yek nak buat pemain bola ke pemain hoki ke. Nanti kalau tensen-tensen I baca entry sendiri jugak bhahahaha.

Faeez Ibrahim

- Facebook: UniKL-IBIL Hockey Team.

Dia adalah orang pertama yang aku perasan dalam team ni. Sebab dia kapten der. Pakar pukulan sudut penalti. Eh benda biru kat tangan tu pebende ek. 

Amir Farid

- Facebook: UniKL-IBIL Hockey Team.

Dia pun aku perasan awal-awal jugak. Sebab dia... cute haha! He's an ohsem striker u know. Tengok tak masa lawan Jerman haritu. Pergh macam hero penyelamat.

Shazril Irwan

- Facebook: UniKL-IBIL Hockey Team.

Perasan dorang awal-awal sebab kembar. Dulu macam pelik ah tadi dia ada kata bawah, pastu kat atas. Laju gila dia lari. Tadi rambut tegak, pastu tak tegak dah. Oh kembar wei kembar hahaha.

Shazrul Imran

- Facebook: UniKL-IBIL Hockey Team.

Kembar kan, ofkos la yang kiri. Sama ke muka. Aku rasa tak. Iras tu adala. Ni adik, yang atas tu abang..... kot! Wahahaha :D

Good luck uolls untuk game harini, piala Sultan Johor ni. Dapatkan 3 mata penuh. InsyaAllah :) N untuk perlawanan bola harini lawan Hong Kong, kasi gempak ah!