Wednesday, October 3, 2012

Berangan Tak Sudah.

Assalamualaikum.

Teja: Weh, kau suka berangan tak?
Aku: Suka. Aku tengah berangan lah ni.
Teja: Eh sama!

Ya aku memang suka berangan. Azimah pon. Sebab tu ah dua-dua tak guna nama sebenar dalam blog wakaka berangan famous. 

Aku rasa tahap aku suka berangan ni dah tahap kritikal seh. Berangan yang dok berimaginasi benda yang tak logik pon. Anytime anywhere aku suka buat. Sebelum tido memang wajib lah haha. Dah baring atas katil pukul 11, pukul 1 atau 2 baru tido. Lama gila kot. Sebab an, bila dah jadi satu crita imaginasi, lepas tu rasa cam tak best plak, so start dari mula balik berangan tuh wahahaha bahagia bahagia :D Kadang-kadang kalau dah bangun pukul 6 pagi, 6.30 baru aku gi mandi. Bila bangun, eh sampai mana eh cite semalam, jap ah nak sambung. 

Aku juga suka berangan masa tengah berjalan. Nak gi skolah, balik sekolah, sume tempat kalau aku tengah berjalan. Kalau jalan sengsorang la, tapi kengkadang bila jalan ngan kawan-kawan pon diam je. Aku tengah fokus berangan masa tu ekekeke. Dalam kereta pon boleh jadi. That's why la aku suka duduk tepi dalam kereta, bukan tengah. Nak tersengih-sengih je pon senang tau.

Selalunya aku kena ada lagu untuk berangan. Baru ah best :D Tapi dalam kelas pon tabiat ni tak boleh nak dielak. Kelas Bio memang jadi fav. Berangan masa belajar bio, mana tak dapat result E weh. Tak tau la kenapa time bio je. Mungkin sebab takde latihan dalam kelas, cikgu jenis yang bercerita masa mengajar, aku pun buat la cerita sendiri. Eh eh kuajo budak ni hehe.

Aku tak tau kenapa aku suka buang masa kat benda tak berfaedah ni. Mungkin sebab happy kot. Ye ah kalau dalam berangan pon nak buat cite sedih baik kau gi belajar fizik wakakaka.

Btw, minggu depan dah start final exam. Ah tensen aku. Siang tadi je la aku tensen, lepas buat jadual study tuk exam, ok sudeh. Kiranya aku ni tak study last minute sangat lah, sebab study awal 5 hari :P



Pekse sampai 30/10. Berdasarkan jadual study yang aku buat, 27 hari berturut-turut aku kena ngadap buku. Tapi bila buat camni, nampak la hari ni nak belajar apa, esok nak belajar bab berapa. Takde ah semak otak. InsyaAllah, aku akan blajar ngan jawab pekse leklok. Takde berangan-berangan dah, ehemm sebelum tido je buat lagi. Ngehngeh :)

5 comments :

  1. good luck....blaja jgn xblaja

    ReplyDelete
  2. kite pun suka berangan hihi. awak kite dh folow k

    ReplyDelete
  3. suka berangan sebelum tdur..hehe..
    tapi kan berangan kdg2 bagus juga sbb boleh jdkan impian..kan??

    ReplyDelete
  4. berangan memang best. dunia fantasi tanpa sempada. :) singgah melawat blog comel emira :D

    ReplyDelete