Thursday, September 6, 2012

Ketensenan.

Assalamualaikum.

Aku sekarang berada di tahap tensen sampai dengar lagu slow pun aku rasa nak menari. Takde feel aku nak layan perasaan bila hati aku tak tenang terpikirkan homework. Gila hebat penangan homework yang aku nak kena siapkan lepas balik skolah setiap hari disebabkan aku nak enjoy goyang kaki pada hari Sabtu ngan Ahad. Macam sekarang, aku benci betul bila homework jadi berlambak.

Dan puncanya hanyalah satu... cuma tak datang sekolah dua hari je kot! Hari Khamis minggu lepas ngan Selasa minggu ni. Relax la kan dua hari je bai. Tapi dua hari tu lah, dengan kena buat kad jemputan tuk majlis jamuan koop, nota fizik yang tertinggal, hafal oral, lukisan inovasi bagai dan latihan matematik yang aku dah buat jalan kerja dia dalam kertas conteng dengan buruk tapi sebenarnya kena buat dalam kertas kajang sebanyak 15 mukasurat tapi kawan aku takgitau pun kena buat dalam kertas kajang dan aku rasa macam @#$%^&*!

Sabtu ni sekolah plak dah, sumpah aku malas nak gi. Dah malas, mulalah menghasut kawan-kawan yang lain tak yah gi skolah hehe tak senonohnya perangai. Bila sikit budak yang datang - kena gabung kelas - tak yah belajar - takde homework - yey.

Selalunya bila aku nak rehat jap lepas habis buat satu-satu subjek homework atau jari kelingking aku sakit sampai tak leh nak sambung menulis sebab sakit tulang belakang lama sangat duduk dan tunduk, aku baca novel. Tapi masalahnya sekarang aku bertambah tensen bila baca novel. Kalau ada satu perenggan yang aku tak faham situasi dia sampai nak kena ulang dua tiga kali baca tapi tak faham-faham jugak, tak ke rasa lebih baik aku sambung buat homework?

Aku tak tau kenapa aku membebel panjang panjang padahal aku cuma bengang part latihan matematik je pun. Apa sangatlah kan dugaan homework bagi budak skolah macam aku ni hah. Orang lain yang ada homework atau assignment lagi banyak pun mesti ilek je. Mungkin aku patut lebih bertenang dan menyusun masa dengan lebih teratur. Contohnya buat homework pada pagi sabtu maka dengan itu tak yah lah gi sekolah wahahaha :D

1 comment :

  1. salam si cantik jelitaa.diera sggh blog glamour nih.subhanallah indah spt pemiliknya! ^___^

    ReplyDelete