Monday, September 24, 2012

Jamuan Koperasi Yang Free.

Assalamualaikum.


Hari Sabtu ritu jamuan Koperasi SMK Sungai Besi Berhad. Eceh bila bubuh Berhad cam formal tak hekhek. Jamuan dibuat di Restoran Al-Rawsha, dari pukul 1.30-3.30. Dahlah pagi tu sekolah. Aku kena sambut VIP, pakai uniform KRS plak tu. Habis sekolah terus tukar baju koop yang siap dibawa dan dihanger dari rumah. Tanpa mandi ya kawan-kawan. Tak busuk kot aku sebab baju dan tudung dah siap dituang secara rakus dengan Downy Innocence hehe.

Untuk jamuan ni, aku adalah antara orang-orang yang sebok sekali. Budak Form 4 lah yang kena in-charge an. Budak Form5 ngan Form3 tak nak kacau, ada exam. Cikgu pun tak nak masuk campur, tolong sikit-sikit je cisss. Dari kad jemputan, menjemput, kad aturcara, door gift, semua kitaorang buat sama-sama.

Sampai sana, tak terkejut pun tengok restoran dia sebab dah tengok kat internet dah wahaha. Masuk restoran, aku telah dimarahi oleh Mieor huhu. Tugas aku bawah Mieor iaitu untuk Pendaftaran & Hadiah. Bukan salah aku hokey! Masa tu aku tengah buat kerja untuk pendaftaran dan kerja untuk pembungkusan door gift pun buat masa tu jugak. Salah aku jugak ke? Tapi bila Mieor marah, sumpah aku takut seh walaupun selama ni aku yang selalu buli dia. 

Bagi aku la kan, makanan-makanan dia biasa-biasa je. Takdela sampai tahap sedap gila sampai rasa nak tapau bawak balik. Ntah lah. Cikgu-cikgu kata sedap dan sempat jugak tapau makanan.


Makanan-makanan yang ditempah semalam. Itu cupcake, AJK koop yang buat.

Ada penyerahan surat pelantikan jawatan. Oh ya sayalah setiausaha terbaik di abad ini walaupun kebanyakan kerja cuma menaip sijil hohoho like a boss.

Aku rasa jamuan ni best sebab makan free wakakaka. Baju yang kitaorang pakai pun disupport sepenuhnya oleh pihak koperasi. Best bila makan free, baju free. Budak-budak koop pun dalam 30 orang je. So logik la kalau kitaorang semua rapat. Nak ambik gambar pun main tarik je. Eh aku lettew hehe. 

Btw, gambar diambil guna phone. Set candlelight scenery. Pikir cam lawa ah konon-konon gambar effect kuning oren sikit. Bila upload hamek kau sakit mata. Tapi takpe cam gi restoran mahal 5 bintang an haha.

*Aku padam beberapa gambar. Sebab tu entry jadi pendek...dan tak best haha!

2 comments :