Saturday, September 29, 2012

OLEMIRA: Malaysia's Midfielders.

Assalamualaikum.


Aku rasa dah lama dah aku nak update pasal OLEMIRA ni tapi bila aku nak search gambar kat google je amik masa berjam. Aku pun tak tau lah nape padahal cuma perlu save satu gambar je kot. Sedar sedar dah page terakhir tapi satu gambar pun takde. Pastu tukar pemain-pemain lain dan a'ah benda ni berlaku berulang-ulang kali sampai aku tersedar yang aku tak siap homework lagi dan entry ni terpaksa disimpan dalam draft.

Tapi harini homework dah siap. Maka dengan senang hati cari gambar di google. Mungkin berkat berhempas pulas siapkan homework sebab nak update blog ni hah, gambar pemain midfielder yang dijumpa pun dalam keadaan gumbira :D

Baddrol Bakhtiar

- Google Images.

Muka Baddrol Bakhtiar ni manis bila dipandang sebab tu bila tengok dia macam buat silap masa main bola terus tak jadi rasa nak marah hehehe. Pastu bila dalam game, takdela main secara individu, pentingkan teamwork. 

Irfan Fazail

- Google Images.

Dia sekarang kapten B-22 kan. Ya aku baru perasan dia main posisi tengah masa lawan Indonesia haritu.

Nazmi Faiz

- Google Images.

Nazmi Faiz weh. Shoot gempak. Score cantik. Senyum menawan. Suara comel. Dah ah tarikh birthday kita sama an an wahaha tu pun nak gitau. Nampak sangat takde benda nak tulis haha sebab dah lama tak tengok Nazmi main bola.

Pemain midfielder ni kira terel la sebab boleh attack, boleh defend. Gambar dorang pon cukup gumbira bukan wahahaha.

Monday, September 24, 2012

Jamuan Koperasi Yang Free.

Assalamualaikum.


Hari Sabtu ritu jamuan Koperasi SMK Sungai Besi Berhad. Eceh bila bubuh Berhad cam formal tak hekhek. Jamuan dibuat di Restoran Al-Rawsha, dari pukul 1.30-3.30. Dahlah pagi tu sekolah. Aku kena sambut VIP, pakai uniform KRS plak tu. Habis sekolah terus tukar baju koop yang siap dibawa dan dihanger dari rumah. Tanpa mandi ya kawan-kawan. Tak busuk kot aku sebab baju dan tudung dah siap dituang secara rakus dengan Downy Innocence hehe.

Untuk jamuan ni, aku adalah antara orang-orang yang sebok sekali. Budak Form 4 lah yang kena in-charge an. Budak Form5 ngan Form3 tak nak kacau, ada exam. Cikgu pun tak nak masuk campur, tolong sikit-sikit je cisss. Dari kad jemputan, menjemput, kad aturcara, door gift, semua kitaorang buat sama-sama.

Sampai sana, tak terkejut pun tengok restoran dia sebab dah tengok kat internet dah wahaha. Masuk restoran, aku telah dimarahi oleh Mieor huhu. Tugas aku bawah Mieor iaitu untuk Pendaftaran & Hadiah. Bukan salah aku hokey! Masa tu aku tengah buat kerja untuk pendaftaran dan kerja untuk pembungkusan door gift pun buat masa tu jugak. Salah aku jugak ke? Tapi bila Mieor marah, sumpah aku takut seh walaupun selama ni aku yang selalu buli dia. 

Bagi aku la kan, makanan-makanan dia biasa-biasa je. Takdela sampai tahap sedap gila sampai rasa nak tapau bawak balik. Ntah lah. Cikgu-cikgu kata sedap dan sempat jugak tapau makanan.


Makanan-makanan yang ditempah semalam. Itu cupcake, AJK koop yang buat.

Ada penyerahan surat pelantikan jawatan. Oh ya sayalah setiausaha terbaik di abad ini walaupun kebanyakan kerja cuma menaip sijil hohoho like a boss.

Aku rasa jamuan ni best sebab makan free wakakaka. Baju yang kitaorang pakai pun disupport sepenuhnya oleh pihak koperasi. Best bila makan free, baju free. Budak-budak koop pun dalam 30 orang je. So logik la kalau kitaorang semua rapat. Nak ambik gambar pun main tarik je. Eh aku lettew hehe. 

Btw, gambar diambil guna phone. Set candlelight scenery. Pikir cam lawa ah konon-konon gambar effect kuning oren sikit. Bila upload hamek kau sakit mata. Tapi takpe cam gi restoran mahal 5 bintang an haha.

*Aku padam beberapa gambar. Sebab tu entry jadi pendek...dan tak best haha!

Thursday, September 6, 2012

Ketensenan.

Assalamualaikum.

Aku sekarang berada di tahap tensen sampai dengar lagu slow pun aku rasa nak menari. Takde feel aku nak layan perasaan bila hati aku tak tenang terpikirkan homework. Gila hebat penangan homework yang aku nak kena siapkan lepas balik skolah setiap hari disebabkan aku nak enjoy goyang kaki pada hari Sabtu ngan Ahad. Macam sekarang, aku benci betul bila homework jadi berlambak.

Dan puncanya hanyalah satu... cuma tak datang sekolah dua hari je kot! Hari Khamis minggu lepas ngan Selasa minggu ni. Relax la kan dua hari je bai. Tapi dua hari tu lah, dengan kena buat kad jemputan tuk majlis jamuan koop, nota fizik yang tertinggal, hafal oral, lukisan inovasi bagai dan latihan matematik yang aku dah buat jalan kerja dia dalam kertas conteng dengan buruk tapi sebenarnya kena buat dalam kertas kajang sebanyak 15 mukasurat tapi kawan aku takgitau pun kena buat dalam kertas kajang dan aku rasa macam @#$%^&*!

Sabtu ni sekolah plak dah, sumpah aku malas nak gi. Dah malas, mulalah menghasut kawan-kawan yang lain tak yah gi skolah hehe tak senonohnya perangai. Bila sikit budak yang datang - kena gabung kelas - tak yah belajar - takde homework - yey.

Selalunya bila aku nak rehat jap lepas habis buat satu-satu subjek homework atau jari kelingking aku sakit sampai tak leh nak sambung menulis sebab sakit tulang belakang lama sangat duduk dan tunduk, aku baca novel. Tapi masalahnya sekarang aku bertambah tensen bila baca novel. Kalau ada satu perenggan yang aku tak faham situasi dia sampai nak kena ulang dua tiga kali baca tapi tak faham-faham jugak, tak ke rasa lebih baik aku sambung buat homework?

Aku tak tau kenapa aku membebel panjang panjang padahal aku cuma bengang part latihan matematik je pun. Apa sangatlah kan dugaan homework bagi budak skolah macam aku ni hah. Orang lain yang ada homework atau assignment lagi banyak pun mesti ilek je. Mungkin aku patut lebih bertenang dan menyusun masa dengan lebih teratur. Contohnya buat homework pada pagi sabtu maka dengan itu tak yah lah gi sekolah wahahaha :D