Saturday, March 31, 2012

Mimpi. Ehhh?

Assalamualaikum.

 " Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka. "

Orang kata mimpi tu mainan tidur. Orang kata mimpi tu benda yang takkan berlaku dalam kehidupan sebenar. Orang kata mimpi tu ramalan tentang masa depan. Orang kata biar mimpi sampai ke bintang. Ekekeke :)

Dalam banyak-banyak mimpi, aku paling tak suka mimpi makanan sebab nanti bila tersedar rasa kepala macam terhantuk. Dahlah makanan tak dapat rasa. Terkejut plak tuh. Ishhh benci.

Kebanyakan mimpi aku macam perkara remeh-temeh yang aku ambik kesah 2 saat jeh masa aku dalam keadaan sedar. Benda yang aku obses gila tak plak muncul-muncul. Macam pemain bola sepak ke kan. Dalam mimpi, kita jadi kawan pun jadilah wakaka.

Tak tau lah kan apa makna sebenar mimpi. Dah nama pun mimpi. Tak kesah lah. Mimpi je pun. Kalau mimpi gembira, gitau orang. Kalau mimpi buruk, duk diam-diam. 

Patutnya masa tidur kita nak bagi otak kita relaks. Ni bila mimpi buruk tak ke lagi tensen kepala otak? Bangun plak waktu tengah malam. Kan dah tak boleh tidur. Terbayang macam-macam haha dah padan muka.

No comments :

Post a Comment