Saturday, August 18, 2012

Kampung Dekat atau Kampung Jauh?

Assalamualaikum.


Bila raya je selalu orang akan tanya 'raya ni balek kampong mana?'. Bukan setakat raya ni je, setiap tahun aku balik Gombak. Sebab mak ayah aku dua-dua kampung kat Gombak. Mak kat Kampung Changkat. Abah kat Kampung Padang Balang. Cinta jiran kampung sebelah-sebelah lah ni kot hehehehe :D

Disebabkan aku tinggal kat Sungai Besi, kiranya kampung aku dekat je lah. Kawan-kawan aku kata tak best kampung dekat-dekat ni, tak merasai perasaan nak beraya. Cehhh hari raya aku cemane kau tahu best ke tak an.

Jujurla aku nak cakap, bukan nak back-up diri sendiri ke hape, tapi memang tujuan aku buat entry nak back-up diri sendiri pun haha. Aku suka okeh ada kampung yang dekat-dekat ni. 

Kawan aku kata tak merasai perjalanan balek kampung tu. Eh aku merasai lah jugak dalam 45 minit perjalanan. Jalan pun takde la jem mana. Aku bukannya suka naik kereta lama-lama. Sakit badan. Aku dahlah mabuk kereta. Kalau 7-8 jam perjalanan, nanti muntah. Malas la nak bawak plastik dari rumah kehkehkeh.

Haaa lagi best bila mak ayah aku kampung sebelah-sebelah. Tengahari raya pertama tu gi kampung abah. Tak yah mak ayah rebut nak beraya kampung mana dulu atau nak gilir-gilir setiap tahun. 

Kampung dekat jugak buat hubungan jadi rapat ngan mesra. Kitaorang ngan makcik-pakcik panggil nama je haha. Macam Cik Da, Cik Joe, Cik Man. Dengan sepupu lagi lah rapat an. Aku pelik gak bila ada kawan aku yang suka kat sepupu sendiri. Ni mesti kes balik kampung setahun sekali lah ni :P 

Mungkin pendapat orang lain-lain. Ada yang suka kampung jauh. Ada yang suka kampung dekat. Semestinya aku suka kampung dekat. Penatla tulis panjang-panjang pastu tak sokong kampung sendiri.

2 comments :

  1. Lawat sini..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri

    Daripada rakan blogger | Afiq Yassin

    ReplyDelete