Monday, August 13, 2012

Kaler Kesukaan Yang Disukai.

Assalamualaikum.

Aku dari dulu lagi suka kaler pink. Bright/hot pink aku tak suka sangat. Aku lebih suka light/cherry blossom pink. Nampak cam lembut sikit an. Walaupun sebenarnya aku agak kasar, jumpa lelaki tersengih semacam kat aku, aku hempok je guna buku. Tapi kaler kesukaan tak melambangkan personaliti bai.

Disebabkan dulu aku obses ngan kaler pink, so yeah banyak benda atas meja kaler pink. Anak patung tu kawan bagi untuk hadiah birthday. Birthdayku 16/8 ini. Haha sempat lagi tau nak bagitau :P

Dulu jugak aku tengok kaler oren tu buruk sampai aku tak suka buah betik sebab dia kaler oren. Gila ntah pape kan aku ni. Skrang ni lawa plak aku rasa. Baju raya pun aku beli warna oren. Haa pedulikan siapa yang tak suka, baju raya aku sukati aku la wei.


Cover phone yang 5 tu memang dibagi skali masa beli phone. Kaler oren ngan putih aku tak pernah pakai lagi. Cam tak lawa. Tetiba cover ni kaler oren lawa plak an.

Kaler biru cair pun aku suka sekarang ni. Dulu aku anggap kaler biru ni untuk orang yang cool cool je. Kiranya aku cool la sekarang ni sebab tu aku suka kaler biru kot hahaha. Selain pink, oren, biru cair, kaler kuning pun aku suka jugak.


Sebenarnya kat bilik aku takde benda yang kaler kuning. Benda ni pun jadilah wakakaka. Oh ya, aku sangat suka bau lemon, ridsect dan dettol.

Dan bila digabungkan semua kaler ni ada kat katil aku. Sebab tu aku suka tido. Bila tengok katil je semua kaler kesukaan ada pastu rasa nak tido kehkeh.


Katil kendur sikit sebab besi katil dah patah. Tapi bila baring sedap gila wa cakap sama lu. Senang nak tido sambil dengar lagu Apit. Eceh suka dengar lagu Apit tau sekarang :D

Walaupun niat di hati nak membuang masa sebab tak sabar besok hari last sekolah dan hari rabu cuma ada majlis Khatam Al-Quran, homework addmath punyalah banyak gila dan aku kena siapkan jugak sebab aku dah berdisiplin sikit dah sekarang hahaha. 

Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, nanti masa raya tak yah susah-susah dah bila hati sude tenang homework dah siap. Assalamualaikum :)

3 comments :