Wednesday, August 29, 2012

Cerita Tentang Sahabat.

Assalamualaikum.

Hai. Harini aku nak kongsi satu cerita. Ni cerita betul weh bukan rekaan. Benda ni berlaku kat kawan aku. Dia yang cerita sendiri. Bila aku dengar cerita ni aku rasa cam sayu, terharu, bengang, marah sume ada. 

Aku letak nama dia Sahabat A. Kawan dia yang lagi dua orang Kawan B & Kawan C. Diaorang ni lelaki. Tapi bukan dalam kalangan lelaki yang control macho la. Bukan jugak lembut tapi mungkin jenis yang jiwa lembut. Bila dah baca mungkin faham cemane sifat dorang ni.


______________________________

K. Cerita dia camni. Haritu dorang gi TBS. Tak tau la dorang buat apa kat sana. Tapi masa nak balik tu, selipar si Kawan B ni terputus. Si Kawan B tak tau nak buat apa pastu tanya kat si Kawan C. Si Kawan C cuma cakap " malu aku nak jalan sebelah kau. " 

Aku tak tau la apa perasaan si Kawan B lepas kawan sendiri buat tak peduli langsung. Si Sahabat A tak kisah pun sebenarnya nak jalan sebelah kawan yang dah putus selipar. Tapi si Kawan B sendiri yang malu nak jalan dengan selipar yang dah putus. 

Pastu si Sahabat A dengan rela hati nak tukar selipar ngan si Kawan B. So diaorang pun balik jalan kaki dari TBS sampai ke rumah (Sungai Besi). Si Kawan B ngan  Kawan C jalan berdua kat depan sambil gelak-gelak. Si Sahabat A jalan kat belakang sengsorang dengan sebelah pakai selipar, sebelah lagi berkaki ayam. Selipar yang putus tu pegang kat tangan.

Bila sampai kat kedai jual selipar, si Sahabat A jugak yang tolong belikan selipar. Si  Kawan B malu nak masuk kedai tu. Dia dengan gembiranya borak-borak dengan si Kawan C kat luar kedai. Lepas beli selipar, masing-masing balik rumah sendiri.

______________________________

Ada kawan aku sorang bila dengar cerita ni mengalir air mata dia weh. Baik gila si Sahabat A ni. Aku pun terkejut bila dengar cerita ni. Tapi aku lebih rasa geram ngan bengang dengan si Kawan B. Tinggalkan orang yang dah tolong dia kat belakang. Langsong tak hargai. Tak sanggup nak jalan sama-sama. Si Kawan C tak yah cite lah, rasa nak bagi penyepak je kat muka kan. 

Aku rasa si Sahabat A takde niat nak menunjuk yang dia baik masa dia cerita benda ni. Masa tu dia ada sikit masalah ngan si Kawan B & Kawan C. Dia cuma nak luahkan perasaan dia je kot. Tak salah aku rasa. Hihi tu je nak cerita.


- Google Images.

4 comments :

  1. huhuh mintak kaki sehh kwn C tuh =3

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. baiknya sahabat A tuuu (': Im touch. Seriously.

    ReplyDelete
  3. susahnya nak jumpa sahabat yang mcm tu sekarang kan :D

    ReplyDelete
  4. mengada je B dgn C tu. selipar putus pandai2 la beli sndiri. dah la lelaki pulak tu. x layak dibuat kwn pun. *emo tetiba pulak kan.huhu.kim slm dkt A ek. hihi :P

    ReplyDelete