Saturday, August 25, 2012

Being Myself.

Assalamualaikum.


Amacam hari raya? Aku punya hari raya? Cun! Duit raya RM300++ haha! Eh besar-besar lah kena dapat duit banyak-banyak kan. Menabung demi masa depan okeh kawan-kawan :)


Tapi aku bukan nak cerita pasal raya atau pasal nama. Pasal nama dah tulis dah dulu, boleh baca masa entry bulan Jun. Bukan jugak nak cerita kenapa aku pegang phone masa amik gambar, sebab baju kurung tu takde poket. Haaa kan dah tercerita jugak. Sebut baju kurung, nak cerita pasal diri sendiri. Ntah pape punya sangkut-paut aku ni.

Aku ni agak cerewet. Takdelah nak yang perfect tip top tapi kalau boleh dapat, apa salahnya kan. Macam baju kurung tu la, satu hari keluar shopping tapi jumpa baju kurung je. Tak tau la kenapa aku tertarik ngan baju tu, bukannya sebab ada tarikan magnet tapi mungkin sebab kain dia senget kot. Kau mesti ingat aku main duduk je bila nak amik gambar kan. Silap sangkaan tu bai, kain tu memang potongan dia senget.

Bagi aku, tak cantik takpe asalkan kemas! Kau pakai cantik-cantik tapi tak gosok baju buat pe. Mekap tebal-tebal tapi eyeliner comot atau blusher terang sebelah tak cantik jugak. Pakai bedak dengan lip balm pun dah ok. Orang pandang pun hati jadi senang dan tak perlu dalam keadaan resah gelisah nak bagitau ke tak mekap dia comot. Jahat seh aku mementang ada pengalaman kan hahahaha.

Aku juga suka benda yang simple. Aku selalu kluar gi mana-mana pakai tudung syria ngan inner je. Kadang-kadang pakai selendang/pashmina. Kalau pakai selendang tu aku slalu buat yang sekali lilit je. Selesa dan tak panas sangat. Macam-macam gaya ada kan tapi aku tak suka sebab serabut. 

Apape pun, aku lebih suka jadi diri sendiri. Pakai sebab trend takde guna der. Lantaklah apa orang nak cakap. Ketinggalan zaman, tak tau fesyen or whatever lah. Asal selesa, tutup aurat dan tak jadi perhatian orang ramai masa jalan-jalan dah cukup dah ;)

*Picture deleted.

2 comments :