Tuesday, July 31, 2012

Minumlah Susu Kasi Gigi Kuat Sikit.

Assalamualaikum.

Salah satu kebaikan susu ialah dapat menguatkan gigi. Aku tau tu. Tapi masalahnya aku tak suka minum susu. Susu tepung, susu kambing, susu segar, susu pekat semua aku tak suka minum. Tembikai susu je aku suka. Tapi tu makan an...

Sebab tu gigi aku tak kuat. Kawan aku pernah tolak aku sampai jatuh tersungkur dan gigi aku pecah. Gigi depan belah kanan. Masa tu darjah 5 kot. Aku nangis terus bila tengok cermin macam tak caye 'gigi aku dah tinggal separuh? OMG!! OMG!!' (budak 11 tahun ada ke yang dah pakai OMG hahaha) 

Balek rumah aku tak gitau mak aku sebab aku takut. Cakap pun tutup mulut. Bila minum air panas rasa macam nak nangis je. Lepas tu kembar aku yang gitau. Besoknya gi tampal kat klinik gigi. Lepas dah tampal tengok cermin 'Weh gigi aku separuh palsu. OMG!! OMG!!'. Mohon tampar kalau jumpa budak sekolah rendah yang sebut macam ni.

Kali kedua plak pecah sebab makan ayam. Gigi yang sama. Tapi masa ni ayah aku relaks je. Nak buat cemane kan benda dah berlaku hahaha.

Tapi cerita tak sampai situ je bai. Gigi depan belah kiri plak pecah adik aku buat. Masa ni memang aku menggelabah gila. Pecah kali pertama adalah kenangan. Pecah kali kedua adalah pengajaran. Pecah kali ketiga pula adalah keperluan wakakaka. Eceh macam ayat cinta plak. Kalau aku menjawab camni kat mak aku mungkin mak aku suruh adik aku buat ulang tayang cemana gigi boleh pecah depan mak aku.

Alhamdulillah sekarang gigi aku tak pecah lagi. Kena banyak hati-hati. Susah weh. Nak makan epal, jagung kena potong dulu. Nak gigit tak bole pakai gigi depan. Sengsara wuwuwu. Eh aku dah minum susu dah sekarang. Tapi susu DutchLady perisa coklat dengan Nescafe UHT Milk Coffee. OMG sedapnya. Budak 16 tahun takpe pakai OMG tu normal ya normal heee :D

Mencegah lebih baik dari merawat tau. Bole je cegah sebenarnya an. Apesal la masa kau jatuh tersungkur haritu kau gi bukak mulut? Bajet menjerit kerna terkejut mungkin?

Friday, July 20, 2012

Cemane Nak Pujuk?

Assalamualaikum.

Aku ni bukan jenis yang pandai pujuk orang. Kalau kawan aku tengah nanges aku tak tau nak buat apa. Nak usap-usap belakang dia ke, nak join nanges sekali ke nak buat lawak bodo ke nak bagi kata-kata semangat. Selalu kalau dorang nanges aku tengok je. Bila dia dah cool baru aku tanya kenapa. Tapi kalau masa dia bercerita dia nanges balek, bukan salah aku kan haha. 

Mungkin sebab aku tak suka orang kacau aku masa aku tengah bad mood kot aku tak suka buat benda yang sama kat dorang. Well put yourself in someone else's shoes dulu la kan. Aku slalu duduk sorang-sorang bila takde mood. Tak suka ah ramai-ramai tanya 'kenapa kenapa' apatah lagi dorang membuat lawak bodo yang menyakitkan hati tak kelakar ok tak kelakar -___-

Disebabkan tu, aku slalu berada dalam keadaan menakutkan diri sendiri bila ada terbuat orang marah. Dah la tak pandai nak pujuk orang balek, dok diam je kang orang kata ingat diri tak bersalah. Padahal sebenarnya aku takut bila nak pujuk nanti jadi makin teruk wei.

So takde cara lain selain jangan la bagi orang marah. Alaaa lagipun besok dah start puasa plak tu. Tak baik tau marah-marah hehe. Banyakkan bersabar. Takde la nanti sampai gado atau masam muka atau membuat orang yang tak reti pujuk dalam keadaan serba salah. Aku jumpa kata-kata ni dari iluvislam.com;

" Sabar adalah butang pause untuk kita berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat "

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa muslimin dan muslimat semua :D

Monday, July 16, 2012

OLEMIRA: Negeri Sembilan.

Assalamualaikum.


Tahun ni punya Liga Super dah tamat an. Tahniah Kelantan juara lagi. Tapi aku tak nak crita pasal pemain Kelantan. OLEMIRA kali ni pasal pemain Negeri Sembilan. Apa ada hal bro, aku nak crita pasal pemain Negeri Sembilan jugak walaupun aku bukan asal situ.


Dalam banyak-banyak perlawanan yang ada live kat TV aku akan tengok perlawanan Negeri Sembilan je. Kalau dulu aku tengok sebab ada Zaquan ngan Aidil haha. Lepas dorang main tok ATM, aku tetap tengok jugak perlawanan Negeri Sembilan. Bukan disebabkan panahan awang hitam okeh tapi sebab anak jati Malaysia la.

Abdul Halim Zainal

Saje printscreen part angkat kening hahaha. - Youtube.

Punca aku tengok perlawanan bola Negeri Sembilan hee. Tapi dia slalu masok minit-minit last la. Penat tau tunggu. Aku rasa dia banyak bantu bahagian tengah nak passing bola kat striker. Haa jersi yang dia pakai tu sebenarnya plan awal baju kelas aku. Kalau aku tengok video ni awal sikit, kompem aku setuju dorang nak buat jersi sebijik camni kehkeh.

Shakir Ali

Google Images.


Cam tak best an yang kasi gol tu pemain import dari luar negara. Ntah la bai. Walaupun Negeri Sembilan menang tapi bila dapat tau yang kasi gol tu pemain import rasa macam ecehmen. Serius aku lega bila Shakir yang shoot oyeah.

Negeri Sembilan juga ada pemain sayap yang gila laju weh lari. Defender pandai pasang perangkap offside. Penjaga gol pon cekap tapi aku dah tulis dalam OLEMIRA sebelum nih tak yah la tulis lagi sebab isi sama je kot. 

Wednesday, July 11, 2012

Jamuan Bersama WiraWati & Koi Mil Gaya.

Assalamualaikum.


Aku kan masok kawad tahun ni. Untuk kawad Zon Bangsar, kami digelar WiraWati. Nama cam gempak ngan keras. Untuk kawad sukan tahunan plak nama Koi Mil Gaya. Cam lembut an. Kiranya aku fleksibel la sebab boleh jadi keras dan lembut hahahaha.

So jamuan tahun ni gabung budak-budak kawad zon & sukan skola. Adala dalam 48 orang. 48 tak termasok cikgu, jurulatih ngan seniors. Apa yang perlu dibawak yang sesuai untuk jamuan seramai lebih daripada 50 orang? Ada cadangan? Tettt dah terlambat sebab jamuan da buat da pon haha cam bangang je aku ni.

Maka aku, Kakak, Nadira, Fateha dan Zahidah telah bersekongkol secara baik untuk membuat cheezy wedges. Bahan tuk buat cheezy wedges hampir RM50 kot. Sorang RM9.80. Gila la weh cheezy wedges je macam tu harga dia. Tapi demi KRS yang disayangi bayar RM10 pon aku sanggop wakakakaka.

Jajan(s) banyak weh. Bole la kan dorang bawak kopok ngan gula-gula daripada tak bawak pape langsong. Oh ya Nescafe, biskut ngan Corn Flakes tu hadiah hamper masa sukan tahunan 30 Jun lepas la bukannya ada orang bawak dari rumah. Yang bawak dari rumah tu hah dadih coklat n jagong.

Karipap, pau sambal dan donut. 

Agar-agar, kek batik, kek apa ntah yang penting warna warni, roti gulung tapi tak tau inti apa. 

Haaa itula wedges yang group aku buat. Hoho. Licin hokey. Mayonis & homemade cheezy sauce. Walaupun cheezy sauce tu rupa macam tempoyak tapi bila dah rasa boleh buat melompat kesedapan tau. Kehkeh aku ngan Fatiha lettew masa kat dapur sebab rasa kagum cheezy sauce ni menjadi walaupun first time buat :)

Muruku, keropok, kek coklat, kek pisang, biskut rokok, biskut dalam tin.

Hotdog, kentang goreng, kentang goreng (perlu ke repeat dua kali), nasi goreng cina, keropok warna-warni, pisang goreng dan sosnya. 

Makanan berat. Sate ngan bihun goreng.

Sagu. Nak ungu ke biru? Nak ungu ke biru? Nak pink lah. Ok sila amik kuahnya sahaja hehe. Aku tak tau la apa nama betul-betul dia. Dorang cakap sagu ros apa ntah. Apa yang kesah sangat? Makan aje la an an da depan mata. Ehh tadi ya depan mata, tapi sekarang da depan pc.

Japp japp mana best jamuan kalau tak ada makanan utama kan. Makanan utama ialah...

Ayam panggang madu! Thanks laki-laki sekalian yang panggang ayam kat belakang blok skolah. Sedap seh korang masak. Wedges tu pon mak aku yang masak haha. Tak sempat la nak masak dan sebagai langkah berjaga-jaga agar wedges tidak dibazirkan atas faktor kehangusan.

Minuman plak air gas ngan air cocktail. Da lama weh tak minum air gas. Aku tengah saket perut sekarang ni. Ni mungkin jamuan yang terakhir atau yang kedua terakhir. InsyaAllah akan ada jamuan berbuka puasa bulan Ramadhan nanti. Macam tahun lepas. Buka puasa sama-sama, solat, tarawikh, makan, borak, ambik gambar. Rinduuu.

Thursday, July 5, 2012

Novel & Keychains.

Assalamualaikum.


Dulu aku sangat suka membeli Majalah Mangga. Ada dalam 17 buah. Masa tu baru awal remaja dan keobsesan terhadap artis lelaki seperti Nubhan dan Akim tampak normal. Tapi semakin lama semakin aku meluat ngan majalah tu. Isi bukannya best pun dahlah sikit. Baju pompuan tak cukup kain, lelaki plak mesti ada yang pose dalam kolam ahh membazir betul duit aku.

Sekarang majalah-majalah artis tolak tepi. Oh ya tolak kat rak almari buku paling bawah sekali. Even suratkhabar kena paksa beli kat skola setiap minggu yang nak jual kat apek cina tu pun aku letak kat rak second last haha. 

Well hampir semua orang ada koleksi peribadi an. Aku pun ada beberapa barang yang aku suka kumpul. Kau ingat kau sorang je ada? Hahaha saje je nak emo tetiba. K let's check it out yow.

Sebahagian daripada novel aku dan kakak aku. 3 novel yang kat atas tu pinjam kat kawan ngan cousin. Best hokey dapat orang sekeliling yang share minat yang sama.


Aku mula beli novel dari darjah 6. First novel Ungu Karmila. Masa tu beli kat mana ntah. Pastu ada bukak Gramedia kat The Mines. Asal gi The Mines je lepak situ. Mak abah bole gi dating kehkeh. Bila nak balek, abah datang dan bayar duet buku. Tapi skarang Gramedia da tutup. So kalau nak beli novel gi Jalan TAR. Smalam baru je pergi tau. Bila balek rumah terus bengang sebab kena tinggal ngan family ingatkan dorang gi beli barang tuk raya. Rupanya beli barang dapur kat NSK ahakzz.

Keychains. Nampak sangat tak aku main punggah dan campak je?

Keychains ni aku suka beli sebab macam kenangan la. Kalau nak bukak gambar kat komputer tu macam nak tak nak je sebab dulu pakai tudung bawal senget senget ambik gambar pun malas nak senyum. Aku sendiri yang nyampah nak tengok. Tapi bila tengok keychains kat atas meja boleh buat senyum sorang-sorang. Bukan semua aku beli, orang bagi pun ada. Yang patung Melaka tu, yang Langkawi tu kawan bagi. Yang kangaroo Australia tu makcik bagi. See? Barang free tak ke buat kau senyum sorang-sorang heheh.

Eh aku bukan letak keychain bersepah atas meja. Buku bersepah atas meja tu biasa la. Dulu aku gantung keychain guna thumbtack kat kertas keras pastu tampal kat dinding bilik betul-betul atas kepala katil. Tapi tahan 2-3 hari je sebab thumbtack tu tak geng ngan kertas keras pastu keychain pon jatuh. Sebelum jatoh kat dahi aku baik aku cabut.

K skarang gantung keychains di siniii


Okeh semua. Pura-pura tak tau yang sebenarnya ni tempat gantung mug kahkahkah. Oh tu phone lama, hadiah UPSR dulu.

Dan akhir sekali aku sangat suka kumpul duit :') Aku rasa bahagia bila ada banyak duit dalam tabung. Lepas kumpul, duit tu aku guna tuk beli barang-barang yang boleh dilihat macam novel ke keychain ke. Walaupun air kotak Nescafe Light Light sedapnya wei tu cuma RM 1.50 je tapi aku sayang nak beli guna duit aku. Kirim kat abah je lagi bagus kehkeh. 

Ok aku join camping Badan Beruniform sabtu ngan ahad ni. Excited ada cuak pun ada. Gwa cuak bukan apa der, gwa segan la kalau kena catwalk ke hape ke gwa da la malu-malu kucing hahahaha.