Friday, June 15, 2012

Tunggu Seru Mood Datang.

Assalamualaikum.

Entry kali ni pun aku nak bercerita jugak. Aku kan suka bercerita daripada bercakap satu dua ayat. Haa sebab tu lah aku takde Twitter. Dah delete sebenarnya sebab takde sape layan aku, baik aku tulis kat blog ada jugak pageviews :) 

Aku ni jenis yang buat sesuatu ikut mood. Kalau takde mood, aku takkan buat. Dan aku juga tidak suka dipaksa. Kalau dipaksa, aku kan mengalami depresi yang maha dahsyat. Muka aku akan monyok sampai kau tengok pun rasa nak tampar tapi aku elak lah, tidak menghiraukan orang langsung, dok termenung dan tidak akan bercakap dengan sesiapa satu patah perkataan pon.

Macam haritu ayah aku ajak gi laut kat Selangor. Saje lepak petang-petang. Aku tak nak ikot sebab nak tengok bola malam tu. Nanti kompem-kompem ah tak dapat tengok an sebab balik malam. Dahlah homework banyak gila. Tapi kena ikot jugak apakan daya. Dalam kete aku dengar lagu dengan kuat. 2-3 jam pastu sampai. Aku dok je tepi tebing tu sorang-sorang. Kena culik pun aku dah tak kesah dah masa tu hahaha.

Buat homework pun aku ikut mood. Sambung masa hari gi laut tu. Malam tu balik tengok bola skejap pastu online sampai pukul 2 pagi kena marah ngan abah pastu buat homework. Takde hal lah berjaga sampai pukul 5.30 pagi kalau ada mood. 

Haritu masa balik kampung, aku dah sedia dah serap kuasa mood nak buat nota Bio tetapi tetiba...


 Kotor. Berminyak. Siap melekat lagi tu ikan bilis.

Terus mati mood aku. Terus tak jadi buat homework. Terus main game Gold Miner kat henset. Terus guling-guling atas tilam. Terus tak buat homework selama 2-3 jam.

Kalau satu helai je tak pe bai. Ni 10 mukasurat! Rasa cam nak koyak je tapi sayang sebab nota ni aku buat masa sampai 5.30 pagi tu. Pergh bikin panas betul. Habis semua aku liquid. Ah takde takde kesah plak liquid kakak aku habes. Siapa suruh pengawas rampas liquid aku. Haa kau nak marah, marah pengawas lelaki Form5 yang tinggi kurus tu. Bukan nak kamching ngan aku.

Tengah malam tu aku sambung ah buat balik lepas liquid sume dah kering. 

Bahagian kena liquid tu gelembung sebab 10 mukasurat kot kena liquid. Berapa layer ntah liquid ni tensen betul aku sebab asyik melekat je. Bila melekat kena liquid balek.

Mungkin sebab aku teruskan buat nota ni walaupun mood tinggal 20% je sebab tu paper Bio tak failed kot hahaha. Dapat E beb. Mak aku pi cite kat adik aku pasal result aku. Adik aku plak nak UPSR tahun ni.

Mak: Kau jangan jadi cam Kakdik tu. Dahlah ada C ngan D.
Aku: Mana ada D mak. E adalah.
Aesh: E? E? Hahahahahaha (gelak tak hengat dunia)

Pekse takde yang gagal pun aku dah bersyukur dah weh. Nantilah update pasal keputusan pekse sebab slip pekse kat SAPS takde lagi. Printscreen baru cun ekekeke.

No comments :

Post a Comment