Sunday, June 17, 2012

Sedapnya. Sedapnya.

Assalamualaikum.

Aku suka gila wei makan aiskrim Cornetto. Tak tau lah nape sebab nampak kaya kot wakakaka. Aku slalu makan jenama Walls ngan jenama yang kat entrance Giant tu dahlah murah an haha. Haritu bapak aku beli aiskrim Drumstick. Aku makan je lah tapi rasa cam pelik. Tak tau prisa apa. Pembalut dah buang plak tu. Buat aku tertanya-tanya je. Pastu dalam mimpi bagi petunjuk tu perisa CHEESE! Haha bodo ar mimpi ni permainkan aku.

Aku suka makan makanan yang sejuk-sejuk. Bila lalu kat saluran esofagus tu terus tenang hati aku. Haa apa kaitan esofagus ngan hati kehkehkeh. Aku mana mampu kalo slalu gi Tutti Frutti ke Baskin Robbins ke sebab nak makan makanan-makanan sejuk ni. Tak yah omputeh sangatlah jom ikot cara orang melayu.


Air feveret gwa ni der. Kat kampong roger roger ngan orang kampong sbelum main bola tampar pukul 5 beli kat simpang jalan satu plastik 50 sen. Tapi hampa sebab makcik tu dah tutup kedai T.T

 Mesti orang ni dah makan satu suap pastu baru teringat nak amik gambar hahaha jahatnya aku rasa nak tampar je aku en. Aku lagi rasa nak tampar orang yang upload gambar ni. Dahlah ABC ada aiskrim ngan jelly. Aku plak yang jelly-jelly kat sini.

Cendol! Cendol! Gwa rasa nak merempit gi pekan Sungai Besi lah skrang beli cendol kat situ. Asal lah mamak tu takde perkhidmatan delivery. Air cendol pun sedap jugak sebab banyak ais. Lepas minum trus rasa nak kencing hahaha.

Hauslah plak lepas tengok gambar kat Google Images ni. Adik aku kena demam campak. Bolehlah minum air kelapa. Janganlah kedekut sangat bro nanti demam tak elok. Kalau kau bagi aku minum sikit nanti aku doakan kau cepat sembuh boleh aku konker remote tv hehehehe.

No comments :

Post a Comment