Friday, June 29, 2012

Result.

Assalamualaikum.

Ye akhirnya keputusan pekse da kluar kat SAPS. Bole la printscreen baru cantik sikit an ada warna-warna. Result aku takdela semengah mana tapi takde subjek gagal bole la kan.


Gempak tak aku ada A+ wakakakaka XD

Kengkawan aku bila ada yang nak pindah skola akan cakap 'kuranglah pesaing SPM korang'. Bila ada murid baru pindah 'weh pesaing baru pesaing baru'. Tapi aku tak hokey. Aku ada target aku sendiri. Macam kali ni target aku subjek teras sume A dan Alhamdulillah tercapai :)

Aku pon tak sangka pekse kali ni aku dapat 3 subjek markah tertinggi. BM, Agama ngan Math. BM ada lagi 2-3 orang yang sama markah. Agama, ustazah kata nak bagi hadiah heee. Math aku sorang je yang dapat A. Bukan nak riak tau tapi takdela korang pandang hina sangat keputusan aku bila tengok markah Bio aku tu hahahaha.

Kau ada meniru eh? Aku da taubat la tak nak meniru tapi kengkadang tak sengaja terpandang jawapan orang depan. Siapa suruh angkat kertas tinggi-tinggi? Kebetulan jawapan slalu sama so bole la sedapkan hati sendiri :D Tapi betul la aku meniru masa periksa akhir tahun Math Form1 ngan ujian bulan Julai Sejarah Form2. Benda keji mesti kena ingat. Pastu aku tak tiru da sebab rasa bodoh la weh meniru. Sampai bila nak pandai? Paling tak pandai punya budak bila pergi tuisyen tapi time pekse meniru jugak.

Aku blajar last minit kot. Besok pekse malam tu baru aku study. Tido 2 pagi. Aku da biasa camtu. Orang lain study kat pusat sumber tapi aku tak suka la nama je pusat sumber tapi bising. Balik rumah bila da sampai mood baru aku study. Kalau mood pukul 10, pukul 10 la baru bukak buku. Pastu gi main ngan kucing jap. Tengok tv jap. Makan jap. Ratah Milo jap. Chillex chillex la beb. Blaja lama-lama tapi tak masok pape buat pe an.

Ramai tak suka hari bertemu waris/hari tiga penjuru tapi aku biasa je. Aku da gitau mak ayah aku dulu result kat rumah so takdela bila dorang tengok result aku nanti dorang terkejut lalu terkentut hahaha aku suka ayat ni. 

Haaa hari Sabtu 23 Jun lepas ada anugerah cemerlang tuk anak polis KL. Rugi wei sape yang tak tau RM150 kot dapat. Sebaik Zahidah ada gitau aku. Bapak aku mohon sehari lepas permohonan tamat. Haa gengster tak gengster kehkehkeh. 

No comments :

Post a Comment